Prinsip Kejayaan : Kunci Potensi Diri

Kepintaran semata-mata bukan jaminan kejayaan. Jika anak anda mencapai prestasi straight A dalam peperiksaan, janganlah terlalu gembira kononnya masa depannya cerah. Kenyataan ini mungkin mencabar kesahihan pendidikan dalam perkembangan insan tetapi ia adalah suatu kenyataan yang berteraskan prinsip kejayaan.

Sesungguhnya, ramai insan yang gagal dalam peperiksaan sekolah menjadi seorang yang berjaya dan berpengaruh. Kajian kecemerlangan menunjukkan orang yang berbeza pendapatan sebanyak sepuluh kali hanya mempunyai perbezaan kecerdasan akal sebanyak tiga sahaja.  Hakikatnya, potensi manusia adalah kombinasi berbagai faktor kecemerlangan , ini meliputi bakat semulajadi seperti kepintaran, bakat dan keperibadian.  Ditambah dengan faktor pendidikan dan asuhan post kelahiran seperti pengalaman, ilmu dan kemahiran.  Kesemua faktor tadi bila didarap dengan sikap diri akan menentukan tahap potensi dan kekayaan seseorang.  Bakat semulajadi biasanya ditetapkan waktu dilahirkan.   Sebaliknya, kualiti asuhan memerlukan masa. Bila kita mengubah sikap diri, potensi kita juga akan digandakan.

 

Dengan erti kata lain, sikap kita adalah faktor penggerak potensi diri yang paling dominan. Ia adalah hasil dari setiap persepsi dan jangkaan yang kita coretkan dalam minda bila sesuatu berlaku dalam hidup kita.  Setiap persepsi minda akan menentukan sikap kita terhadap kejadian yang berlaku dan seterusnya mempengarahui pilihan dan tindakan kita seterusnya.  Jangkaan seseorang  berpunca dari keyakinan dirinya.  Bila diri kita mempunyai nilai diri yang tinggi, kita akan membuat persepsi minda yang berteraskan penyelesaian dan bukan terus merosakkan hidup; ini kerana kita mahu yang terbaik datang ke hidup kita. Sikap kita adalah corak pemikiran dalaman yang ditonjolkan dengan suatu tindakan untuk dunia luar.   Oleh kerana setiap orang mempunyai corak minda yang berteraskan konsep diri masing-masing, maka sikap setiap orang juga berbeza.   Jika konsep diri seseorang  positif dan penuh kepastian, potensi seseorang  akan ditonjolkan dengan sepenuhnya. Contohnya,  Jika kita berdepan dengan masalah di tempat kerja, kita memilih untuk tidak melawan atasan, sebaliknya mencari jalan untuk buat yang terbaik untuk memenuhi keperluan syarikat. Sebaliknya,  jika keyakinan diri rendah, kita akan merungut dan menyalahkan orang lain, akibatnya prestasi dan produktiviti kerja akan terjejas.

 

Konsep diri adalah berasaskan keyakinan diri terhadap corak pemikiran yang difikirkan benar tentang diri sendiri.  Kepercayaan seperti ini membolehkan kita terus berpegang pada sesuatu perkara, nilai atau usaha tanpa mengalah biarpun apa sekalipun yang berlaku. Itulah sebabnya orang yang mempunyai kepercayaan diri akan mempunyai kecenderungan tinggi untuk menukar impian menjadi suatu kenyataan.  Zon konsep diri ini juga dikenali sebagai zon yang kita rasa selesa untuk diri sendiri, akibatnya kita jarang mahu melangkah keluar dari konsep diri sendiri.

 

Konsep diri dibentuk oleh lima faktor utama.

Pertama , impian dan harapan.  Tanya diri anda, siapa yang anda hendak menjadi. Model yang bakal anda kecapi kelak.

Kedua : Pengalaman lalu. Setiap kejadian yang baik atau buruk akan menjejaskan konsep diri kita.

Ketiga,  harga diri.  Imej diri ialah suatu cermin dalaman.  Ia adalah cara anda memandang pada diri sendiri setiap hari. Apakah tahap prestasi yang anda yakin.

 

Keempat : Komen atau teguran orang lain. Siapa yang anda bersama juga akan mempengaruhi pendirian anda.

 

Kelima , nilai diri.  Nilai diri ialah tahap kesungguhan anda terhadap setiap aktiviti dan perancangan hidup. Ia menentukan prestasi dan keberkesanan kerja.

 

Konsep diri ialah corak minda yang paling fleksibel dan boleh berubah mengikut masa.  Itulah sebabnya “Manusia boleh berubah”.  Untuk membolehkan anda maju, anda perlu terus mengerjakan konsep diri yang lebih mencabar.  Anda juga boleh membentuk nilai diri dengan terus berulangkali menyatakan “Saya memuji dan sayang diri sendiri” .  Seseorang  tidak akan dapat menyukai orang lain lebih dari menyukai dirinya sendiri. Tahap nilai diri anda adalah bergantung kepada kualiti perhubungan manusia dengan orang lain.  Sebenarnya, anda tidak akan dapat jangkakan penghormataan dan sayang dari orang lain lebih dari tahap diri anda suka dan hormat diri sendiri.  Seterusnya, tahap anda menghormati diri sendiri akan menentukan cara orang lain melayan pada anda.

 

Saat seseorang  dilahirkan diibaratkan sekeping kertas.  Anda mempunyai potensi yang sepenuhnya.  Waktu tersebut, konsep diri anda masih mentah dan tidak terbentuk secara mantap.  Bila anda dewasa, perasaan , sikap dan nilai diri akan terus berkembang hasil dari pembelajaran berterusan dalam hidup.  Jika ibu bapa memberi kasih sayang yang sejati dan berlebihan kepada seorang anak sebelum usia mereka mencapai lima tahun, anaknya akan membina nilai diri yang paling kukuh.  Sebaliknya,  mereka akan mempunyai masalah keperibadian akibat dari konsep diri yang lemah.  Pada peringkat usia yang kecil, anak tidak mempunyai sebarang rasa gementar kerana mereka tidak terbentuk nilai ketakutan.  Mereka sentiasa tonjolkan sikap “Saya boleh”. Selain itu, mereka mempunyai daya initiatif yang tinggi.  Mereka akan cakap , buat dan tonjolkan perasaan sebagaimana yang mereka hendakkan.  Mereka tidak dipengaruhi atau dikongkong oleh apa faktor negatif sekalipun.  Mereka tunjukkan niat yang tinggi untuk bertindak. Sayangnya, pada peringkat kanak-kanak, ibu bapa sering berikan kritikan yang melukakan. Anak akan membentuk dua bentuk model pemikiran yang negatif.  Pertama , pemikiran yang bersifat kongkongan.  Bila anak terus diberitahu, “jangan”, “Elakkan ”, “budak jangan kacau”, model pemikiran ini akan terbentuk. Mereka akan membina sikap “saya tidak boleh”. Bila sampai zaman kedewasaan, mereka akan membentuk perasaan takut kepada kegagalan.

Corak pemikiran kedua dipanggil model pemikiran paksaan. Bila kita beritahu anak, “Bagus kamu ikut cara ini, kalau tidak , dan susuli dengan menjelaskan sebab dan akibat yang negatif.”  “Jika anda tidak diam, jaga kau”. Kasih sayang ibu bapa menjadi suatu yang bersyarat.  Ini menjadikan anak takut kepada bantahan dan tolakan atau dipulaukan. Ini menjadikan anak hanya kisah dengan perasaan orang lain dan gagal memahami apa yang dirinya mahu.

Kedua-dua bentuk perasaan diatas adalah hasil dari kritikan yang melukakan.  Ia juga pembunuh keperibadian yang terbesar dalam hidup seseorang.  Disebabkan kedua-dua bentuk corak pemikiran ini terbentuk sejak kita kecil, kita juga boleh belajar cara utuk mengubahnya. Kami boleh mengatasi rasa ketakutan yang menyebabkan diri kita mengundur dan mengalah.  Kami juga boleh atasi perasaan takut bantahan yang hanya hendak memuaskan keperluan orang lain dan melalaikan keperluan emosi dan kemahuan sendiri. Bila kita berjaya mengubah kedua-dua model pemikiran negatif tersebut, kita akan membentuk nilai diri yang baru. Disebabkan anda sayang dengan diri sendiri, tahap ketakutan kepada bantahan dan tolakan orang lain akan menurun.  Jika anda terus berkata, “Saya sayang diri sendiri , saya sayang diri sendiri , saya sayang diri sendiri.” , tahap nilai diri akan meningkat dan tahap ketakutan akan menurun. Jadi,bagaimana kita meguruskan kritikan yang negatif?  Pertama , sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang positif dan membina dan jangan sekali-kali melakukan perkara yang negatif atau membinasakan.  Bila anda berkomunikasi dengan orang lain, sentiasa bermula dengan pujian.  Kedua , usaha sedaya upaya melindung nilai diri orang lain.  ketiga, uruskan hal dan jangan sekali-kali menyalahkan sesiapa. Bincangkan sikap dan akibat darinya , tidak membincangkan kualiti seseorang.  Keempat, tumpukan pada matlamat dan perkembangan yang dihendakki. Apa yang akan berlaku kelak dan tidak membincang apa yang telah berlalu.  Tidak ada sesiapa yang boleh mengawal peristiwa lalu. Kritikan anda rungutan tentang peristiwa lalu hanya membawa tekanan yang besar.  Ini bermaksud, syarat mengejar kejayaan adalah pada sikap mentaliti yang positif.  Minda positif adalah berasas pada jangkaan kejayaan diri sendiri.  Jangkaan positif adalah berasaskan keyakinan dan konsep diri anda. Konsep diri akan mengesahkan nilai diri.  Maka , untuk meningkatkan diri anda sebagai seorang yang bernilai tinggi, terus pesanan diri “Saya sayang diri saya, saya sayang diri saya, saya sayang diri saya.”

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive

Author: Dr.Yew

Dr.Yew is a professional speaker.