Prinsip Kejayaan : Komitmen Yang Tinggi

 

Semua kejayaan bermula dengan komitmen. Bila anda membuat keputusan untuk menyertai sesuatu projek, tidak ada sebarang sebab atau alasan yang boleh melemahkan semangat anda. Komitmen sedemikian pasti akan membawa keajaiban untuk anda. Perkara yang mustahil mula menjadi kenyataan. Perkara yang susah akan menjadi senang.

 

Bagaimanakah anda dapat membina komitmen yang tinggi? Berikut ini memberi panduan untuk menjadikan diri anda seorang yang bertanggung jawab.

 

Pertama : Curahkan masa sepenuhnya untuk mencapai matlamat anda

Sebarang gangguan perlu diketepikan. Curahkan usaha , masa dan wang untuk mengejar impian anda. Bila anda dapat menolak perkara yang kurang penting, anda akan dapati komitmen anda untuk tugasan anda akan bertambah.

 

Kedua : Mencari maklumat tambahan

Seseorang yang komited akan terus mencari maklumat sejajar dengan keperluan tugasan. Semua maklumat ini akan menjadikan dirinya seorang yang serba tahu dan kreatif. Usaha ini juga akan membolehkan anda mengenal jalan penyelesaian terhadap cabaran yang bakal berlaku.

 

Ketiga : Menilai diri secara kerap

Jika kita mahukan kejayaan, kita perlu sentiasa menilai prestasi diri; baik dari segi percakapan, pemikiran mahupun tindakan. Semua komen dan kritikan orang lain diterima secara terbuka. Jika ada sesuatu yang belum sempurna, kita akan terus mencari jalan penyelesaian.

 

Keempat : Membina wawasan jangka panjang

Seseorang yang mempunyai misi hidup juga seorang yang komited. Kita tahu sebab kedatangan kita ke dunia ini dan bagaimana menjadikan diri kita seorang yang bernilai tinggi. Bila wawasan kita semakin kuat, kita akan memantau perjuangan untuk jangka masa yang panjang. Individu yang hanya mengisi masa lapang dan bersifat sementara tidak akan dapat melahirkan jiwa yang berwawasan.

 

Kelima : Berpendirian diri yang tinggi

Jika kita mudah terpedaya oleh orang yang gagal, kita tidak akan dapat mengekalkan jiwa yang komited terhadap kecemerlangan. Berani menyatakan tidak kepada insan yang negatif dan tidak menyumbang kepada perjuangan anda.

 

Keenam : Tidak akan mengundur atau mengubah matlamat

Genggam bara api biar sampai jadi arang. Inilah jiwa yang kuat dan sudi mati untuk matlamat. Sebarang kesukaran hanyalah sementara. Jika kita dapat membina komitmen yang tinggi, masa akan sampai kita mengenal laluan alternatif yang lebih cemerlang.

 

Kesimpulan

Dari lembaran ini, anda akan dapat melahirkan jiwa seorang juara. Kesukaran adalah sementara jika kita mempunyai komitmen yang tinggi. Dengan jiwa yang kental dan komited, pasti impian akan menjadi kenyataan.

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive

Author: Dr.Yew

Dr.Yew is a professional speaker.