Prinsip Kejayaan : Keputusan anda menentukan hasilnya

Ramai orang mahu  mencapai perubahan yang positif tetapi ramai tidaK berani membuat keputusan untuk menyahut perubahan tersebut. Setiap hujung bulan, ramai orang yang membuat keputusan untuk mencari kerja baru. Ramai yang berhenti kerja di sesebuah organisasi kerana mereka tidak tahan dengan cabaran atau tekanan kerja dan hanya segelintir yang berhenti kerana mereka mengejar kerja yang lebih mencabar.

 

Apakah maknanya? Ini jelas menunjukkan ramai orang tidak sudi kerja susah atau bermasalah. Mereka hendakkan kerja yang senang dan terjamin. Dengan erti  kata lain, mereka menganggap kerja yang memberi tekanan akan menyusahkan mereka.

 

Tetapi, dunia kejayaan memberi jawapan yang berbeza sekali. Ramai insan yang kaya raya memberi jawapan bahawa mereka dapat berjaya kerana sudi dan sanggup melibatkan diri dalam kerja yang mencabar pada peringkat awal hidup mereka. Mereka menjadikan kerja yang mencabar sebagai ujian dan bukan sebagai ugutan.

 

Bagaimana dengan anda? Adakah anda sudi memberi peluang kepada diri anda untuk menjemur matahari , berjumpa pelanggan dan mendengar kata-kata penolakan? Jika anda tidak sudi, anda lebih rela kerja di pejabat berhawa dingin dan menerima gaji tetap tanpa perlu berhadapan dengan cabaran pemasaran yang belum pasti berapakah rezeki anda pada hari ini.

 

Setiap kerja yang ada cabaran bukan sahaja menguji kesabaran anda, juga keberanian anda menerima risiko. Gaji tetap memang baik, tetapi ia tidak memberi ruang untuk anda menerima pendapatan yang lebih tinggi. Tetapi insan yang membuat keputusan untuk meninggalkan gaji tetap dan melibatkan diri dalam perniagaan adalah suatu keputusan yang amat bernilai kerana dirinya mula merasa perjuangan seorang usahawan.

 

Adanya kawan saya yang memulakan kerjaya sebagai kerani , tetapi telah meminta syarikat memindahkannya kepada Jabatan Pemasaran. Kini beliau telah mendapat pendapatan lebih sepuluh kali ganda dari apa yang beliau dapat sebelum ini.

 

Persoalannya, bagaimanakah anda dapat membina keberanian untuk membuat keputusan tersebut? Anda perlu kesedaran:

 

Pertama :Sedar bahawa keputusan membuat perubahan dalam hidup adalah suatu yang penting demi masa depan diri anda dan keluarga anda. Kalau anda tidak membuat keputusan, kemungkinan anda akan makan gaji seumur hidup.

 

Kedua : Dapatkan dorongan dari atasan anda. Atasan anda mahukan anda berjaya. Bila anda dapatkan idea dan pengalaman darinya, anda dapat membuka skop minda terhadap peranan dan tugasan yang akan anda tangani.

 

Ketiga : Berbincang dengan kawan yang positif, khasnya mereka yang telah berjaya meninggalkan gaji tetap dan melibatkan diri dalam skop kerjaya sebagai usahawan.

 

Kesimpulan. Keputusan untuk berubah adalah hak anda; tetapi jangan menunggu sampai tua baru sedar mahu maju dan mencari perubahan. Lakukannya sekarang.

 

 

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive