Prinsip kejayaan : Kenapa pekerja saya tidak mahu mendengar cakap saya

 

Seseorang majikan yang gagal mendapat sokongan dari bawahan menadakan beberapa kelemahan dirinya dalam konteks kepimpinan.  Begitu juga dengan ibu bapa yang gagal berkomunikasi dengan anak dan menimbulkan jurang perhubungan yang nyata.  Jika masalah ini berterusan, maka hilanglah peranan seseorang  pemimpin dalam pasukan tersebut.  Ini juga bermaksud , ahli pasukan akan bertindak liar mengikut cita rasa sendiri.  Ini akan mengkucar-kacirkan organisasi pasukan.

 

Terdapat beberapa perkara yang perlu difahami sebelum kita mencari ubat yang paling sesuai dalam usaha menangani pekerja yang degil dan tidak mahu bekerjasama.  Jika akal masalah tidak dicabut, penyelesaian hanyalah bersifat sementara.  Seseorang  hendaklah bertanya, mengapakah ini terjadi.

Secara amnya, terdapat enam sebab seseorang  enggan mematuhi dan menghormati atasan.

 

Pertama : Bercakap tidak semacam buat

Imbas kembali apa yang anda perkatakan , adalah semua berlandaskan kebenaran yang dijungjung setia oleh diri sendiri.  Jika kita gagal melaksanakan apa yang kami tegur, kesan percakapan bagaikan bayu yang tidak bermaya.  Sebaliknya, jika diri sendiri percaya sepenuhnya apa yang diperkatakan dan sanggup bertindak sepenuh hati, maka orang bawahan akan mula memberi perhatian yang serius terhadap percakapan kami.

 

Kedua : Cadangan yang berat sebelah

Jika cadangan anda gagal memenuhi keperluan emosi pekerja, maka ego dirinya akan tercedera.  Biarpun betapa bernas dan hebatnya cadangan anda , seseorang  tidak akan menerima dengan rela.  Keadaan ini berlaku kerana dirinya masih belum dapat menghayati makna disebalik cadangan tersebut.  Beliau merasa dirinya dianiayai dan di anak-tiri oleh majikan.  Setiap cadangan perlulah mempertimbangkan keperluan dan permasalahan yang dihadapi oleh orang lain barulah cadangan anda mudah diterima.

 

Ketiga : Kenyataan yang tidak berlandaskan kebenaran

Jika sesuatu cadangan adalah tidak benar dan bercanggahan dengan budaya kecemelangan, maka ahli pasukan tidak akan menghormatinya.  Dalam hal ini, kemungkinan besar kaki-tangan anda mempunyai idea dan cadangan yang lebih baik.  Berikan ruang untuk mereka menyuarakan pendapat dan idea mereka.  Sesuatu idea yang bernas dan dapat dilaksanakan dengan berkesan dalam sesebuah organisasi tidak semestinya sesuai dengan budaya dan sejarah organisasi lain.  Seseorang  pemimpin hendaklah bijak membuat keputusan dan memberikan arahan yang sejajar dengan keperluan sesebuah organisasi.

 

Keempat : Arahan yang tidak menentu

Setiap cadangan yang diusulkan sering mengalami perubahan dan pekerja merasa diri mereka menjalankan sesuatu tindakan yang hanya mensia-siakan masa dan tenaga mereka.  Merekarasa , apa yang dilakukan sekarang mungkin akan berubah.  Kerja yang dibuat hendak diulang semula dan apa yang dilaksanakan tidak mendapat sebarang penghargaan.  Yang mereka rasa hanyalah kekecewaan dan kesedihan.  Ini ditambahkan lagi dengan arahan yang bersifat bercanggah antara dua atau lebih ramai atasan yang mempunyai tertib dan sebab yang tersendiri.

 

Kelima : Gagal memahami masalah bawahan

Setiap orang mempunyai masalah yang tersendiri.   Biarpun kita gagal menolong seseorang  menyelesaikan masalahnya, setidak-tidaknya kita dapat memberi kata-kata perangsang dan menawarkan tekanan emosi yang menimpa dirinya.  Sayangnya, seseorang  pemimpin terus menegur masalah yang telah terjadi  dan tidak memberi timbang rasa dan simpati pada masalah pekerja tersebut.  Bila ini berlaku, pekerja berkenaan merasanya dirinya kasihan dan tidak mendapat simpati dari atasan.  Tidak ada seseorang  pengikut yang mahu memberi kerjasama kepada pemimpin yang hanya pentingkan perasaan diri sendiri dan gagal memahami perasaan orang lain.

 

Keenam : Arahan yang tidak adil

Jika arahan hanya dikenakan pada kumpulan tertentu sahaja, maka wujudlah masalah tidak adil dalam pasukan.  Ini terjadi kerana wujudnya politik dalaman dan golongan tertentu mendapat layanan yang lebih istimewa dari golongan lain.  Sikap sedemikian akan merosakkan perpaduan pasukan dan akhirnya menimbulkan perasaan tidak senang antara kaki-tangan.

 

Terdapat beberapa pendekatan yang didapati berkesan untuk mengatasi masalah kaki-tangan yang degil dan tidak mahu bekerjasama.

  1. Membawa mereka ke meja keadilan dan memberi peluang untuk meluahkan perasaan dan pendapat masing-masing.  Jika betulnya mereka berada pada pihak yang benar, pihak atasan juga perlu menerima dan mengubah strategi yang diusulkan.
  2. Membawa kaki-tangan menyaksikan sendiri betapa teruknya masalah dan beban yang dipikul dan membolehkan mereka memahami dan prihatin dengan apa yang sedang berlaku.
  3. Memberi peluang kepada pekerja untuk menilai semua apa yang telah terjadi dalam syarikat dan membandingkan dengan syarikat lain yang tidak dapat memberi layanan sebaik anda.
  4. Memberi pekerja sokongan emosi yang secukupnya bila mereka berhadapan dengan tekanan dan masalah waktu melaksanakan tugas.  Beritahu mereka betapa anda mengambil berat dengan usaha dan pengorbanan mereka.
  5. Mengenakan sikap hendak menolong mereka waktu berkokmunikasi dan bukan hendak mengubah atau menyalahkan mereka.  Beritahu mereka betapa anda mengambil berat dengan masa depan dan cita-citanya.
  6. Membuka saluran sampingan yang boleh dilaksanakan dan bandingan dengan cadangan yang pertama.  Ini akan membantu pekerja menilai sendiri cadangan yang dikemukakan samada ia lojik dan baik.
  7. Mencorakkan komunikasi terbuka.  Gunakan tanda tanya, adakah anda setuju dengan apa yang saya perkatakan tadi.  Ini menukar suasana memaksa kepada suasana mencadang.
  8. Mendirikan jiwa pasukan yang bersatu hati.  Ahli yang sengaja hendak melawan akan terpedaya untuk memperjuangkan kejayaan pasukan.

 

Kesimpulan

Usaha untuk menyatu-padukan perjuangan pasukan adalah suatu tugasan yang amat penting kepada masa depan sesebuah organisasi.  Bila pemimpin gagal mendapat sokongan bawahan dan setiap apa yang diusulkan bagiakan angin di tepi telinga sahaja, maka keutuhan pasukan mula dicabar.  Bila ini berlaku, pasukan akan menjadi lemah.  Setiap orang mula bertindak mengikut perasaan dan kehendak masing-masing.  Adalah penting sekali untuk memulihkan semula kesetiaan dan kemuafakatan di bawah payung kepimpinan bagi menjaminkan kejayaan bersama. Dengan erti kata lain, tidak ada sesiapa antara majikan dan pekerja yang lebih penting, masing-masing perlulah tolong menolong dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive

Author: Dr.Yew

Dr.Yew is a professional speaker.