Prinsip kejayaan : Hidup Bermatlamat

Corak pemikiran yang bersifat penerokaan ialah dengan mengamalkan cara yang praktikal dan terbukti berkesan oleh orang lain.  Terus amalkan cara-cara tersebut sehingga anda memahami sepenuhnya.  Lepas itu, anda boleh mengubahsuai pendekatan-pendekatan ini berasaskan keperluan anda.  Bab ini memperkenalkan dua belas langkah penetapan matlamat hidup yang terbukti berkesan.

Langkah pertama dalam penetapan matlamat ialah memupuk kemahuan yang berkobar-kobar.  Semakin besar kemahuan anda , semakin anda hendak mencapai sesuatu perkara, semakin tinggi kebrangkalian anda mencapai matlamat tersebut. Kemahuan yang berkobar-kobar menyemarakkan kekuatan untuk anda terus mara ke depan, mengatasi sebarang bentuk masalah, resahan , kegagalan dan penghalang. Kemahuan ini hendaklah berbentuk peribadi.  Setiap kali kita terfikir tentang menetap matlamat hidup , tidak kira apa matlamat sekalipun; ia perlulah milik anda. Ia boleh memotivasikan diri anda dan bukan menjadi ikutan hajat orang lain. Anda perlulah jujur dengan diri sendiri. Tanya diri anda , apakah yang anda hajatkan. Tetapkan matlamat hidup diri anda sendiri.

 

Kedua , membina keyakinan diri.  Setiap kejadian dunia uar adalah suatu bayangan dunia dalaman anda, dan dunia dalaman anda adalah terbina oleh hal-hal yang anda yakin.  Satu lagi ialah kepercayaan, ini bermaksud hal yang paling anda yakin dalam jiwa raga anda. Ia juga disebut cekal, anda perlu memastikan diri anda boleh mencapai matlamat hidup anda. Anda perlu percaya secara menyeluruh tentang keupayaan anda untuk memerolehinya.  Adalah baik jika anda boleh menetapkan satu matlamat hidup yang kecil , capainya dan terus mengejar matlamat hidup ke tahap yang lebih besar.  Dengan ini , anda akan percaya untuk mencapai matlamat hidup yang telah anda tetapkan.  Langkah ketiga, tuliskan matlamat hidup anda.  Gunkan pen dan kertas kosong.  Hanya jika anda tuliskan matlamat hidup anda , anda dapat corakkan rancangan secara teliti dan terperinci.  Bila matlamat hidup ini menjadi jelas, ia akan menjadi suatu gambaran yang menyeluruh di depan anda. Minda Separa Sedar anda akan mula terjaga dan berkata, “wow, nampaknya ini suatu yang benar.” Anda tidak akan lari dari janji untuk mengejar matlamat hidup tersebut.  Kerana anda hendak mengejar kejayaan, maka tiada ruang untuk pilihan anda.  Anda hendaklah menuliskan matlamat hidup anda dan gambarkan secara menyeluruh di depan anda  Janji seratus peratus untuk dapat mencapai matlamat tersebut.

Langkah keempat, tanya diri anda satu soalan, “Mengapa anda hendak melakukannya?” Soalan ini membawa dua tujuan, yang pertama , “ia memastikan matlamat hidup ini sebagai matlamat hidup anda.  kedua , soalan ini akan menguatkan azam anda untuk mengecapi matlamat hidup anda. Semakin banyak sebab di sebalik tindakan anda , azam untuk mencapai matlamat hidup menjadi semakin kuat, keupayaan anda juga akan meningkat.  Langkah ke lima, fahami dan analisis kedudukan anda sekarang. Bila anda tahu cara memulakan tindakan anda, maka langkah seterusnya menjadi lebih mudah. Untuk mengetahui kedudukan anda sekarang, kaji kekuatan dan kelemahan diri dan seterusnya senaraikan bidang yang perlu anda pelajari. Satu dari kelemahan orang dalam membina matlamat hidup ialah terlalu gopoh mengatur strategi tindakan tanpa menilai terlebih dahulu landasan yang mereka miliki.

Langkah keenam ialah mendirikan tarikh pencapaian yang dihasratkan. Matlamat hidup yang tidak mempunyai tarikh akhir tidak dikenali sebagai suatu matlamat.  Selain itu, anda perlu mendirikan tarikh pencapaian mini.  Ini bermaksud jika anda membentuk matlamat tahunan, anda juga perlu mendirikan dua belas matlamat bulanan, dua matlamat setengah tahun dan empat matlamat suku tahun. Anda juga perlu mendirikan sistem penghargaan diri untuk menguatkan kemahuan dan mencetuskan kesungguhan yang berkobar-kobar.

Langkah ketujuh ialah mengenalpasti semua penghalang yang membantutkan perkembangan anda. Makna kejayaan juga berlandaskan penghalang.  Tidak ada kejayaan yang tidak terbina oleh penghalang. Dalam masa anda berjuang menuju matlamat anda, setiap penghalang yang anda temui adalah untuk membantu diri anda mencapai matlamat anda.  Maka, amatlah penting untuk mengenal dan menyenaraikan semua penghalang dan kemudian aturkannya mengikut keutamaan. Penghalang yang terpenting hendaklah diselesaikan dahulu dengan bersungguh-sungguh.  Ini kerana penghalang yang terbesar merupakan batu besar yang bakal menghalang perjalanan anda.

Langkah kelapan ialah mengenalpasti ilmu dan kepakaran yang perlu anda miliki.  Kita hidup dalam dunia yang berlandaskan ilmu pengetahuna.  Tidak kita apa matlamat hidup yang anda hajatkan, anda pasti memerlukan banyak ilmu pengetahuan  untuk mendokong perlaksanaannya. Anda perlu terus memajukan diri dengan membaca buku, mengikut seminar dan menerap lebih ilmu pengetahun untuk mencapai matlamat anda.  Terlebih dahulu, anda perlu tahu bidang ilmu yang anda hendakkan.  Seterusnya, aturkan bidang ilmu yang perlu dicari mengikut keutamaan.  Tambahan lagi, anda perlu mengunakan teknik bertanya untuk mencapai kejayaan anda. Sentiasa bertanya pada orang lain merupakan pendekatan penting dalam kejayaan anda.

Langkah kesembilan , tanya diri anda siapakah pelanggan anda.  Anda dan saya mempunyai pelanggan yang tersendiri.  Kita semua hidup dalam dunia mengejar kepuasan pelanggan. Setiap orang yang boleh membantu anda mencapai matlamat hidup anda adalah pelanggan anda.  Rukun balasan dan Rukun Menyemai menyatakan hasil menuai sentiasa lebih  tinggi dari apa yang anda semaikan.  Jika anda berusaha dengan gigih untuk menyemai, hasil anda pasti akan lebih lumayan dari apa yang anda semai. Selain itu, Rukun balasan juga menyatakan , tidak kira siapa pelanggan anda , hasil yang anda kecapi adalah sejajar dengan tahap perkhidmatan yang anda berikan.  Jika anda hendak meningkatkan pulangan , anda juga perlu meningkatkan    nilai perkhidmatan anda. Rukun balasan juga menjelaskan , selagi anda berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan anda, ganjaran anda tetap meningkat.  Seterusnya, rukun gandaan meminta anda sentiasa melakukan lebih dari apa yang diperlukan, sentiasa berjalan lebih dari yang diminta.

Langkah ke sepuluh , tetapkan satu rancangan susulan dan sentiasa memperbaharui rancangan ini. Setiap individu yang berjaya adalah individu yang merancang.  Merancang adalah bermaksud anda mendirikan jadual tindakan yang meliputi semua aspek matlamat hidup anda. Kemudian , susunkan setiap tindakan yang dirancang mengikut keutamaan.  Manakah yang perlu anda lakukan dahulu, manakah yang terpenting dan manakah yang kedua penting.  Masa anda melaksanakan rancangan anda, anda juga perlu memperbaharui rancangan tersebut mengikut keperluan semasa.

Langkah ke sebelas ialah menjadikan matlamat hidup sebagai suatu gambaran minda.  Teknik gambaran ini jauh lebih penting dari semua langkah sebelum ini. Teknik ini meminta anda menjadikan matlamat hidup sebagai suatu turutan bersiri dalam minda dan bayangkan akibat yang bakal dikecapi. Lihat diri anda pada tahap anda telah berjaya. Terus bayangkan siri gambaran ini dalam layar minda anda. Terus lakukan bayangan ini sehingga minda anda menerima kenyataan tersebut.  Terus lakukan dengan bersungguh-sungguh bagi mendirikan imej minda yang nyata. Anda juga perlu ulangi proses yang sama pada setiap ketika untuk mengingatkan anda telah mencapai matlamat tersebut. Imej ini pasti akan melekat dengan kuat dalam Minda Separa Sedar.

Langkah ke dua belas, gunakan kecekalan yang kukuh menyusuri matlamat anda sehingga berjaya. Kejayaan anda berlandaskan keupayaan anda meneruskan perjuangan anda lebih lama dari orang lain.  Bila setiap perkara di sekitar anda telah kecundang, satu pilihan yang perlu anda tegakkan ialah meneruskan usaha dan tidak mengalah, ini bermaksud  kecekalan membuahkan hasil yang dihasrtkan.  President Britain, Winston Churchil diminta menyampaikan suatu ceramah yang pendek dalam suatu persidangan universti. Beliau diminta menjelaskan sebab dan cara beliau berjaya.  Dalam ucapannya, beliau hanya menggunakan enam perkataan untuk menggambarkan sebab kejayaan dirinya, iaitu, “jangan, jangan sekali anda melepaskan tangan”

Akhirnya, sikap kecekalan merupakan syarat yang patut dimiliki oleh sesiapa yang mahu berjaya. Ini kerana kecekalan merupakan garis pengukur keyakinan diri sendiri.  Setiap kali anda meneruskan perjuangan dalam masa berhadapan dengan cabaran dan masalah, keyakinan untuk berjaya akan meningkat.  Ini perlu diteruskan sehingga anda tidak lagi mempunyai sebanrang penghalang dan mencapai matlamat yang anda hajatkan.

 

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive