Prinsip kejayaan: Gergasi dalam diri anda

 

Ramai orang tidak sedar dengan kemampuan dirinya dan membiarkan potensinya tertidur. Ramai orang anggap dirinya tidak berkemampuan menjalankan perniagaan, tidak tahu menjual barang, tidak pandai komputer dan sebagainya. Akibatnya, kita terus menjadikan diri kita seorang yang beralasan “tidak boleh” dan tidak buat apa-apa untuk mengubah dirinya.

 

Tetapi, ramai orang yang berusaha membina kejayaan diri dan melakukan sesuatu yang positif untuk menangkis semua alasan dan menjadikan diri mereka seorang yang berkebolehan. Mereka ini menonjolkan bakat yang tertidur.

 

Terdapat beberapa cara untuk kita menghidupkan bakat kita.

 

Pertama : Memberi peluang lakukan sesuatu yang anda tidak pandai

Jangan terus kata tidak boleh. Buat dan cuba rasakan cabarannya. Anda akan dapati, ia tidak sesukar yang difikirkan. Bila perkara yang baru ini telah menjadi suatu kebiasaan, anda akan mula menerima ia sebagai suatu yang menarik.

 

Kedua : Terus mencari jalan bila kegagalan berlaku

Perasaan melepaskan tangan bila kita berhadapan dengan kegagalan mahupun kesilapan adalah suatu petanda yang menyebabkan ramai orang tidak dapat menonjolkan bakat mereka. Jangan berhenti. Teruskan usaha dan rasakan kegagalan tersebut sebagai suatu syarat untuk anda mencari kejayaan.

 

Ketiga : Suka bertanya dan mencari jawapan

Otak seorang diri tidak berkuasa, tetapi bila beberapa orang bersama dan mencari idea, ia akan menjadi suatu kuasa sinergi yang bakal mengaktifkan idea yang tertidur. Sering bersama dengan kumpulan mastermind anda dan jadikan ia suatu proses harian demi untuk membolehkan anda membina inovasi.

 

Keempat : Merasa ketakutan dan kerisauan

Perasaan takut dan risau tetap menjadi sebahagian dari perjuangan meneroka bidang baru mahupun mencuba sesuatu yang mencabar. Jika keyakinan kita kuat, perasaan negatif tidak akan mengganggu kita. Sebaliknya, jika diri kita lemah dan tidak yakin diri, perasaan tersebut akan membuatkan kami hentikan perjuangan. Untuk itu, kita hendaklah tabahkan hati untuk terus meneroka biarpun adanya perasaan tersebut.

 

Kelima : Meningkatkan imej diri

Cara kita melihat diri kita akan menentukan sama ada kita mahu terus berubah atau kembali ke situasi lama. Lihat diri anda sebagai seorang usahawan berjaya,  rasakan hak anda untuk mengejar impian anda. Bila kita menjunjung diri sendiri, kita akan mula menerima tugasan dan cabaran yang sejajar dengan imej diri kita. Contohnya, bila kita menganggap diri sebagai seorang usahawan, kita akan menyahut peluang perniagaan serta menjalankan semua kewajipan yang menyumbang kepada kejayaan tersebut.

 

Kesimpulan

Kejayaan bukan hak orang tertentu. Sesiapa yang mempunyai kualiti di atas pasti akan berjaya mencapai impiannya. Janganlah kita pandang rendah pada diri sendiri. Bangunkan gergasi dalaman anda sekarang.

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive

Author: Dr.Yew

Dr.Yew is a professional speaker.