Prinsip Kejahaayn : Kenali minat dan kecenderungan anda


Prinsip kejayaan ini sejajar dengan jawapan Socrates, seorang Mahaguru Falsafah kepada persoalan pelajarnya, “bagaimana boleh berjaya dalam hidup.  Kata Socrates, “Kenalilah diri mu” Ramai insan melakukan sesuatu yang mereka tidak suka.  Biarpun ganjaran kewangan amat lumayan, itu tidak menjamin kecemerlangan hidup.  Anda hendaklah buat sesuatu dengan “bersungguh-sungguh” untuk berjaya.  Hanya jika anda berminat sajalah, anda akan melakukannya atas “kesungguhan” yang tidak dicemar oleh pulangan material.

 

Burung helang yang hidup bersama ayam sejak ditetaskan tidak akan gembira dengan layanan Tuannya biarpun dirinya cukup makan dan selamat.  Ia hendak terbang.  Di sanalah ia menjumpa makna hidup.

 

Ramai remaja mengenal minatnya setelah banyak mencuba berbagai bidang kerjaya.  Ramai yang mengenal minatnya dengan melakukan sesuatu yang mereka tidak minat.  Ada juga yang menjadikan hobi diri sebagai teras kerjaya masa depan.  Tiada orang yang boleh menolong anda untuk mengenal kekuatan dan minat diri selain dari anda sendiri.

 

Tanya diri anda, apakah jenis pujian yang pernah anda dapat selama ini.  Apakah kejuaraan yang pernah anda perolehi setakat ini.  Apakah jenis idea atau penemuan yang anda suka berkongsi dengan rakan.  Banyak pertanyaan yang boleh menolong anda mengenal diri sendiri.

 

Cuba anda senaraikan semua kejayaan yang anda perolehi sejak kecil.  Perhatikan kejayaan yang berulang.  Ia adalah suatu imbasan tentang keupayaan dan kredibiliti diri.

 

Ramai juara Olimpik telah dikesan sejak usia mereka masih kecil.  Michael Jackson telah mula berlatih menyanyi dan menari pada usia tujuh tahun.  Michael Jordon telah kenal minatnya dalam gelanggang bola keranjang sejak berusia dua belas tahun. Seawal anda kenal dengan apa yang anda minat, semakin cepat anda mengecapi kejayaan.

 

Prinsipnya: Lakukan sesuatu secara kegila-gilaan dan anda akan menjangka hasil yang luarbiasa hadir kelak.

 

Contohnya, Michael Jordon begitu berminat dengan bola keranjang.  Beliau membawa bola ke mana-mana dia pergi.  Beliau berjanji untuk memasukkan tiga ratus biji bola ke dalam jaring setiap hari untuk melayakkan dirinya balik berehat.

 

Orang yang berminat dengan sesuatu usaha sanggup korbankan apa sahaja.  Mereka sedia menjadikan minat mereka sebagai suatu “misi”.  Mereka tidak pernah merasa bosan.  Mereka lakukannya pada tahap kesungguhan yang gagal dicapai oleh insan yang tidak berminat.  Ini menyebabkan insan sebegini diberi gelaran “kegila-gilaan”.

 

Foo Chang

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive

Author: Dr.Yew

Dr.Yew is a professional speaker.