Pengenalan Program Kejayaan Pelajar Cemerlang

Pencapaian cemerlang (Excellent Performance) adalah tahap prestasi yang ingin dikecapi oleh setiap orang mahupun institusi. Selain dari pencapaian akademik yang cemerlang, pelajar juga perlu cemerlang dalam sukan dan persatuan. Sesungguhnya, pencapaian cemerlang tidaklah datang melayang. Ia adalah hasil dari kesungguhan seseorang melengkapkan dirinya dengan ilmu kejayaan yang berteraskan kualiti diri yang unggul.

Dalam usaha untuk membantu pelajar membina kualiti seorang juara, kami telah merangka satu modul latihan yang mempersepadukan Ilmu Pengurusan Matlamat (Goal setting) dan Ilmu Pembangunan Sikap (Character Building), agar pelajar dapat menonjolkan prestasi diri yang cemerlang dan dapat merealisasikan impian dirinya.

Seseorang yang tidak mempunyai matlamat yang jelas ibarat sebuah kapal layar yang terumbang-ambing di tengah lautan tanpa destinasi yang jelas. Sayangnya, ramai pelajar tidak tahu apakah matlamat yang mereka inginkan. Bila mereka sampai ke tingkatan empat atau universiti, ada pelajar yang tahu apakah jurusan yang mereka ingin ceburi. Akibatnya, mereka hanya menerima pendapat ibu bapa untuk menentukan masa depan sendiri.

Dalam usaha untuk membantu pelajar menyelenggarakan matlamat hidup, pelajar perlu tahu mengatur dan menetapkan matlamat keperibadian yang tidak boleh disentuh seperti nilai hidup dan EQ. Di samping itu, pelajar juga perlu tahu menetapkan matlamat nyata seperti mendapat pingat emas dalam acaera sukan dan sebagainya.  Gabungan kedua-dua matlamat tersebut akan mencerminkan pengurusan hidup yang menyeluruh.

Selain dari penetapan matlamat, kualiti juara juga merangkumi asperk motivasi dan semangat perjuangan yang kental. Aspek motivasi adalah pengukuh matlamat hidup dan membolehkan seseorang mengecapi prestasi cemerlang biarpun berdepan dengan berbagai dugaan dan cabaran.   Pendekatan motivasi yang tradisi mengutamakan cetusan emosi (Emotional Stimulation) untuk membina ketahanan dan keupayaan hadapi tekanan.  Motivasi sedemikian bersifat panas-panas tahi ayam dan tidak bertahan lama.  Sebenarnya, motivasi yang sebenar adalah kualiti diri yang berteraskan matlamat yang jelas dan mampu membina tabiat kesedaran matlamat (Goal Awareness Habit).

Bila seseorang amalkan ilmu kecemerlangan , dirinya akan mengecapi hidup yang menarik dan bermakna. Pelajar akan rasakan nikmat pencapaian dan seterusnya mengukuhkan keyakinan diri (Self Confident) dan kepuasan diri (Sense of satisfaction). Ilmu kecemerlangan adalah teras pendidikan wajib Abad yang ke 21 khasnya untuk mereka yang ingin berjaya dalam persaingan dunia yang semakin rancak. Ilmu pelajar cemerlang juga melengkapkan diri mereka dengan kualiti insan bestari demi berdepan dengan hidup yang lebih gemilang kelak.

Program ini melatih pelajar untuk berani impian, cetuskan jiwa menjangkaui batasan diri dan menyempurnakan pengurusan hidup yang total (Total Life Management).  Pelajar bukan sahaja mahu cemerlang dalam akademik, mereka juga perlu cemerlang dalam aspek kekeluargaan, kesihatan, akhlak dan kerohanian, sosial dan sumbangan masyarakat serta pengurusan kewangan. Ini sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekan pada pembelajaran formal dan pembangunan insan yang bersepadu.

Adalah menjadi harapan agar program ini menawarkan satu ruang tambahan untuk tujuan pembangunan jati diri. Pelajar dapat menguasai ilmu kejayaan yang bakal mengukuhkan impian yang mulia serta bermakna. Bak kata pepatah, bila seseorang ada impian, ribuan tan boleh saya pikul; bila seseorang tidak ada matlamat besar, sebatang lidi boleh bongkokkan badannya.

Jika pihak sekolah bercadang untuk memberi peluang pembelajaran ini kepada pelajar, ia boleh dikendalikan dengan bersepadu dengan sekolah lain atau persatuan PIBG. Bersama-sama kita majukan generasi akan datang.

Hilter Yew

Penceramah Professional

Blog peribadi : www.hilteryew.com

Blog pendidikan sikap : www.baca.org.my

Maklumat lanjut, sila hubungi 016-8120302

Tolong viralkan kepada PIBG, Persatuan, NGO, grup pendidikan yang anda kenali

Terima Kasih

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive