Penetapan Cita-Cta Adalah Landasan Kejayaan Anak

Saya pernah berkomunikasi dengan beberapa orang graduan yang meneruskan pengajian dalam bidang tertentu hanya untuk memenuhi citarasa keluarganya. Salah seorang yang telah sempurnakan jurusan perubatan menyerahkan ijazahnya kepada bapanya dan berkata “Saya telah sempurnakan hajat anda dan ambillah ijazah ini”. Sterusnya, anaknya memulakan kerjanya sebagai seorang usahawan. Seorang lagi kawan saya yang menamatkan jurusan LLB dan menjadi seorang peguam bertauliah berkata dengan ibuya, “Saya telah sempurnakan hajat anda, saya tidak akan menjadi peguam tetapi saya mahu menjadi seorang penceramah dan mentor”

Jelas sekali, ramai anak yang buta harapan dan gagal menghidupkan hajat sendiri menyalahkan ibu bapa kononnya ibu bapa yang meminta mereka untuk belajar sesuatu bidang. Pepatah menyatakan “Bila anda tidak mempunyai matlamat, semua matlamat boleh menjadi pilihan anda.”  Sebaliknya, jika anak anda telah mempunyai pendirian cita-cita yang jelas, dirinya tidak akan mudah menerima seruan atau cadangan ibu bapa. Selalunya, ibu bapa yang prihatin dengan kejayaan anak akan memberi berbagai cadangan cita-cita yang dirasakan bermakna (doktor, peguam dan sebagainya) hanya kerana anak-anak mereka masih tidak nampak lagi apa yang mereka hajatkan. Akibatnya, anak mereka tersalah fikir kononnya ibu bapa hendakkan mereka menceburi dalam sesuatu bidang.

Salah satu cara untuk menangani anak yang tidak mempunyai matlamat hidup ialah dengan meceritakan kemuliaan sesuatu kerjaya dengan menghuraikan makna dan sumbangan kerjaya tersebut. Contohnya , selepas menjamu selera di sebuah restoran, anda boleh menceritakan makna kerjaya seorang tukang masak. Selepas melawat bengkel kereta, anda boleh ceritakan makna dan kehebatan seorang mekanik. Elakkan dari menceritakan kehebatan kerjaya hanya kerana jumlah pendapatan dan popularity, kerana ini akan membutakan harapan anak yang mengejar bayanagan kerjaya tanpa mengenal kemuliaan di sebaliknya. Jika ibu bapa dapat menceritakan kehebatan setiap kerjaya, anak akan mula merasa dan akhirnya membuat keputusan yang waras tentang matlamat kerjayanya.

Sebagai mentor anak, saya sering berjumpa dengan pelajar darjah enam dan membantu mereka mencari sesuatu yang mereka suka dan menjadikannya sebagai suatu kerjaya.  Saya dapat perhatikan, anak-anak yang mempunyai matlamat hidup yang bermakna dalam hidup akan belajar lebih rajin berbanding dengan anak-anak yang tidak mempunyai cita-cita.

Saya ingin mengambil kesempatan di ruangan blog ini untuk menyeru kepada semua ibu bapa untuk membantu anak-anak menguatkan impian dan cita-cita mereka. Hajat yang besar adalah suatu “motivasi”. Anak menjadi seorang pejuang hidup yang berdikari. Mereka tidak perlu dipaksa untuk belajar kerana mereka dapat mengatur masa dan perancangan hidup dengan penuh bertanggungjawab.

 

Kesimpulan

Anak yang m,employees cita-cita menjadi seorang anak yang lebih matang dan berdikari berbanding dengan anak yang tidak mempunyai cita-cita, ini kerana mereka belajar hanya dengan tujuan untuk lulus peperiksaan semata-mata.

 

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive