My Commentary

Komentar Transformasi Pendidikan National

Pengenalan

Dalam usaha kita sibuk membicarakan strategi pendidikan nasional , samada hendak teruskan corak pengajaran tertentu atau ubah corak penilaian peperiksaan UPSR dan SPM.Adajuga yang mengungkitkan perlunya kita memastikan guru terlatih di setiap sekolah , menyemai pembelajaran aktif dalam kelas (KBSR) atau sukatan yang lebih holistic. Tidak ramai yang sedar perlunya kita menguruskan pemikiran pelajar dan menggubal corak minda yang berwawasan sebagai teras untuk menjayakan semua usaha tersebut.

 

Kertas kerja ini bukan bertujuan untuk mengenepikan semua usaha murni dari berbagai sektor untuk terus memajukan kualiti pendidikan di Malaysia,  tetapi memberi suatu komen tambahan untuk memantapkan apa sahaja usaha yang bakal dicadangan oleh pihak kementerian yang cukup mulia sekali.

 

Projek transformasi pendidikan

Hasil dari pemerhatian alihan sistem pendidikan yang dilancarkan di seluruh dunia dan Malaysia khasnya, saya berpendapat apa juga teknologi pendidikan, baik memperkenalkan sistem IT,  pengajaran bahasa inggeris, pengamalan “aktif learning”, melatih guru yang berjiwa pelajar dan kreatif perlu mendapat sokogan padu dari usaha untuk memperkasakan jiwa pelajar sendiri. Ini bermaksud, transformasi pendidikan perlu berakar pada kekuatan mental dan sikap pelajar.

Usaha menaik taraf  kualiti pendidikan negara dan harapan hendak menjadikan negara Malaysia sebuah kubu pendidikan yang maju tidak akan tercapai jika kita tidak mengfokus transformasi secara total . Minda pelajar dan guru (penguatkuasa) hendaklah diolah untuk menerima dan mengamalkan semua transformasi yang bakal digubal untuk mereka.

 

Dua model yang saling bercanggah, mana yang perlu diutamakan?

Model pertama : Transformasi dari aspek guru dan polisi pendidikan Model kedua : Transformasi dari aspek pelajar
Mengguna guru yang terlatih (bukan sandaran) Membina guru pertama di rumah yang berkaliber
Menghadiahkan komputer dan berbagai slide pengajaran untuk meningkatkan kualiti pengajaran Memberi suntikan ilmu pembangunan sikap dan bimbingan kerjaya untuk menyiapkan minda pelajar
Mencorakkan suasana kelas yang menyeronokkan Membentuk suasana rumah yang positif untuk pembelajaran
Mengatur strategi penilaian yang holistik dan tidak berteraskan peperiksaan semata-mata Membentuk minat yang tinggi terhadap aktiviti ko-korikulum baik di sekolah mahupun di masyarakat
Mengukuhkan peranan guru disiplin dan guru kaunseling dan menambah tenaga kerja di sekolah yang besar Mengukuhkan peranan pelajar untuk menangani haluan hidup sendiri berpandukan kesedaran diri dan komitmen diri
Menyelia setiap KPi cikgu dengan mengguna semakan bulanan dan mingguan Menyelia komitmen pelajar untuk memastikan mereka menjalankan komitmen dengan penuh bertanggungjawab

 

Apakah perbezaan kedua-dua model tersebut?

Kedua-dua model diatas mempunyai kesamaan, iaitu bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan daya saing pelajar di dunia kerja.  Usaha yang giat diusaha oleh kerajaan adalah untuk membina lebuhraya pendidikan (iaitu polisi dan sistem  pendidikan), sebaliknya para guru dan pelajar menjadi pemandu kenderaan pendidikan. Sebenarnya, kedua-dua model perlu saling komoplimen untuk membina landasan transformasi yang lengkap.

 

Ini ibarat usaha menurunkan kadar kemalangan, pembinaan lebuhraya yang berkualiti tidaklah mencukupi, kita juga memerlukan pemandu yang bertatasusila. Begitu juga dengan undang-undang yang baik tidak akan menjamin keselamatan negara, kita perlu membina akar umbi masyarakat sendiri yang berakhlak dan bersikap mulia.

 

Bagaimana menyusuli model transformasi yang kedua

Berbagai usul telah dicadangkan bahawa usaha membentuk kualiti pelajar yang cemerlang bermula dengan guru dan ibu bapa yang berkualiti. Ini memang tepat sekali. Tetapi yang lebih jitu dan bernas ialah usaha membentuk mentali pelajar yang berkualiti

 

Ibarat kita hendak mencari kejuaraan lumba kereta dengan mencari pemandu F1 yang paling handal atau memastikan enjin kereta mempunyai perisian motor yang lasak dan berdaya tinggi.

 

Bila seseorang pelajar mempunyai perisian lembut (sikap dan impian) yang betul, dirinya akan tetap mencapai kecemerlangan biarpun apa juga sistem pendidikan yang kita lancarkan.Cubakita menilai kembali saat kita merdeka, sistem pendidikan yang tidak semaju hari ini juga dapat melahirkan ramai cengkediawan yang berjaya. Bapa saya sering mengingatkan saya, kalau anda seorang jaura, anda tetap dapat Straight A biarpun bukan masuk sekolah berkelas dunia. Itulah sebab adanya pelajar yang dapat 16 A dengan mengambil kertas peperiksaan persendirian biarpun mereka tidak memasuki kelas subjek berkenaan.

 

Apakah cabaran sistem pendidikan zaman ini?

Pada pendapat saya, sistem pendidikan hari ini tidaklah mempunyai masalah yang besar sangat berbanding dengan masalah dalam sikap dan pemikiran pelajar sendiri (biarpun kita masih buat sesuatu untuk membaik pulih sistem sedia ada.. Kita sedia maklum, guru yang paling berkualiti pun kalau tidak mempunyai pelajar yang positif dan berdaya maju, pembelajaran di sekolah tetap gagal membuahkan keputusan yang cemerlang.

Ibarat kita menanam benih yang sudah kering pada tanah yang subur, ia tetap gagal bercambah dan memberi hasil tanaman yang kita hajatkan.

Ibarat kita hendakkan kuda berlari. Kita pasangkan ladam yang mahal, kita berikan makanan yang paling berkhasiat. Tetapi akhirnya, mentaliti kuda akan menentukan samda dia hendak berlari atau berehat.

Jelas sekali, usaha membentuk mentaliti pelajar perlu berjalan seiringan dengan usaha menggubal polisi pendidikan yang cemerlang. Fikirkan, jika pelajar sekolah tidak mempunyai minat untuk terus mencari ilmu dan hanya berpuas sekadar SPM, mereka akan keluar dari sekolah dan memenuhi dunia kerja dengan kualiti insan yang tidak berdaya saing.

 

Kisah benar : Saya sering mendapati guru yang sama menghasilkan peratusan pelajar yang berbeza mengikut tahun di sekolah am (bukan sekolah berasrama yang khas untuk pelajar terpilih). Ini jelas membuktikan kualiti pelajar memberi indicator penentu kecemerlangan; bukan semestinya sistem pendidikan mahupun kualiti guru.

Jurang Mentaliti Pelajar

Pelajar zaman ini telah dibekalkan dengan berbagai kemudahan. Kalau dinilai dari aspek kemudahan perpustakaan, kokorikulum (dulu hanya pengakap, pandu puteri, sekarang ada polis kadet, bomba , puteri Islam dan lain-lain. ). Sekolah juga mempunyai lebih ramai guru kelulusan universiti berbanding dengan era 70an.  Soalnya, mengapa jurang mentaliti pelajar masa kini masih menjadi suatu penghalang kemajuan yang nyata?  Janganlah kita salahkan sistem pendidikan terlalu cepat, kita perlu menilai kembali apakah kualiti pelajar zaman ini.

Maklumlah, pelajar yang mempunyai didikan rumah serta latar belakang yang sihat lebih cenderung menjadi seorang pelajar cemerlang berbanding dengan pelajar yang tidak mempunyai didikan rumah yang mantap. Ditambah dengan berbagai unsur negatif dunia cyber (facebook game etc) yang banyak membuang masa dan mengalihkan fokus pembelajaran pelajar.

Untuk tujuan transformasi pendidikan, kita hendaklah memulakan didikan minda pelajar dengan mengasuh sikap dan membina aspirasi pelajar.  Kita hendaklah mereka menghargai apa yang ditawarkan untuk mereka dan bukan terus merungut kekurangan yang ada.

 

Bolehkan sistem pendidikan mencapai tahap kesempurnaan?

Memang menjadi aspirasi semua ibu bapa dan guru untuk mencapai kesempurnaan sistem pendidikan. Tetapi , soal sistem yang sempurna juga memerlukan berbagai faktor pelengkap seperti berikut:

Syarat kecemerlangan Cabaran pendidikan
Bimbingan satu cikgu dengan 20 pelajar Bilangan sekolah perlu digandakan
Guru yang berkualiti Semua manusia cenderung mempunyai kelemahan sikap yang tersendiri
Gantikan buku dan corak pembelajaran interaktif Kos perbenlanjaan yang terlalu mahal. Latihan semula guru yang memakan masa yang panjang
Sistem penilaian yang lebih holistic Cenderung membentuk piawaian pendua (Double standard) dalam penilaian sekolah
Pendidikan rumah yang mantap Semua ibu bapa perlu menghadiri kursus

 

Secara keseluruhan, jelas sekali usaha membentuk kecemerlangan pendidikan bukannya suatu yang mudah sekali. Berbagai cabaran pendidikan yang menghalang misi perjuangan dan memerlukan kos dan masa yang amat tinggi sekali.

 

Apakah pendekatan transformasi yang paling sesuai

Saya berpendapat usaha untuk menanam sikap dan haluan kerjaya yang nyata di kalangan pelajar adalah komplemen dan pelengkap sistem pendidikan yang terbaik untuk membina landasan pendidikan yang berkelas dunia. Selagi sikap dan mentaliti pelajar telah mencapai tahap yang unggul, biarpun kita letakkan mereka di sekolah yang tidak ada nama, mereka tetap akan cemerlang juga.

 

Kesimpulan

Di samping usaha untuk terus mengemaskini teknik penyampaian dan penilaian akademik pelajar, bukankah lebih baik kita terus mengerjakan sikap dan mentaliti pelajar dengan membina kualiti kecemerlangan dan sikap seorang juara pada usia persekolahan , disertakan dengan impian dan cita-cita yang tinggi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

<!– MetaTags generated with Script Smart (http://script-smart.com) –>
<META NAME=”DESCRIPTION” CONTENT=”Audio klip “Rahsia kejayaan” dari BCR (Biogenic Coaching Resources)”>
<META NAME=”KEYWORDS” CONTENT=”Kejayaan dalam perniagaan, kejayaan dalam hidup, kejayaan seorang usahawan, mengejar kejayaan , memburu kejayaan, membina kejayaan, kejayaan keluarga, kejayaan seorang anak, kejayaan kesihatan, kejayaan sosial, kejayaan mental, kejayaan kerohanian, kejayaan dunia dan akhirat, kejayaan Malaysia, kejayaan aspek kewangan, kejayaan aspek kerjaya, kejayaan kerohanian, kejayaan membangunkan Malaysia , kejayaan peringkat  dunia, misi kejayaan , erti kejayaan, makna kejayaan, definasi kejayaan, motivasi kejayaan, piagam kejayaan, janji kejayaan, kemelut kejayaan, dugaan kejayaan, cabaran kejayaan, merempuh kejayaan, menguasai kejayaan, ilmu kejayaan, kejayaan seorang pelajar, kejayaan yang abadi, kejayaan sikap, nikmat kejayaan, air mata kejayaan, cekal membina kejayaan, semangat kejayaan, panduan kejayaan, karya kejayaan, petikan kejayaan, syair kejayaan, pantun kejayaan, lagu kejayaan, sentuhan kejayaan, jawapan kejayaan, taklimat kejayaan, seminar kejayaan, forum kejayaan, diskusi kejayaan, kursus kejayaan , Untuk berjaya dalam kehidupan, kewangan dan perniagaan, anda perlu tahu erti kejayaan, pelajari kejayaan, workshop kejayaan, mentor kejayaan, jurulatih kejayaan, guru kejayaan, kaunselor kejayaan, hak kejayaan , minda kejayaan, kunci kejayaan, kata-kata kejayaan, rahsia kejayaan, kisah kejayaan, biodata kejayaan, riwayat kejayaan seorang usahawan, doa kejayaan , sajak kejayaan, gurindam kejayaan, mutiara kata kejayaan, kata pujangga kejayaan, tips kejayaan, kata azimat kejayaan, kata hikmah kejayaan, inspirasi kejayaan, kejayaan jutawan, kejayaan dan kekayaan, kejayaan insan, kejayaan mukmin, kejayaan dan keimanan, kejayaan seimbang, penghalang kejayaan, blok kejayaan, rancangan kejayaan, cemburu kejayaan orang lain, mengenal kejayaan, memahami kejayaan, mengurus kejayaan hidup, mendirikan kejayaan , memantapkan kejayaan, menguatkan kejayaan, mengukuhkan kejayaan, ransangan kejayaan, impian kejayaan, cita-cita kejayaan, berjaya, menjayakan, sahut kejayaan, sambar kejayaan, visi kejayaan, tujuan kejayaan, tangga kejayaan, mentor jutawan, mentor kejayaan, rintangan kejayaan, matlamat kejayaan, destinasi kejayaan, mengekalkan kejayaan, menikmati kejayaan, menambah kejayaan, membongkar kejayaan, membuka rahsia kejayaan, mencipta kejayaan, teknik kejayaan, berkat kejayaan, kegagalan dan kejayaan, menafsirkan kejayaan, pakar motivasi dan kejayaan, penulis kejayaan, pakar kejayaan, lagu kejayaan, pakar psikologi kejayaan, perunding kejayaan, resepi kejayaan, petua kejayaan, minda jutawan kejayaan, blog kejayaan, laman kejayaan, pacu kejayaan, transformasi kejayaan, ruangan kejayaan, sudut kejayaan, membuahkan kejayaan, utusan kejayaan, perutusan kejayaan, perkongsian kejayaan, sebab kejayaan, punca kejayaan, asal usul kejayaan, perintis kejayaan, peneroka kejayaan, pengusaha kejayaan, inspirasi kejayaan, idea kejayaan, pepatah kejayaan, satu Malaysia kejayaan, wawancara kejayaan, temuramah kejayaan, tetamu jemputan kejayaan, rancangan kejayaan, lawyatt law yatt kejayaan, mudah mencapai kejayaan, kejayaan bank, kejayaan pertanian, kejayaan politik, kejayaan pembangunan, kejayaan yang membanggakan, kejayaan dunia, kejayaan olimpik, pedoman kejayaan, hajat kejayaan, kemahuan untuk mengejar kejayaan, kekalkan kejayaan., formula kejayaan, erti sukses, blog kejayaan, program kejayaan. “>