Merempuh Kegagalan Demi Kejayaan

Belum ada insan yang benar-benar berjaya tanpa mengalami kegagalan terdahulu dalam hidupnya. Kegagalan dan kejatuhan adalah rempah kejayaan. Ini bermaksud, kejayaan tidak akan manis tanpa merasa kesakitan dan kekecewaaan.

Gagal sekali bukan bermaksud gagal selama-lamanya, bangkitlah semula !!!!!!

Untuk mencapai kejayaan yang hakiki, kita perlu memberi peluang untuk merasa kegagalan. Janganlah kita beranggapan kegagalan sebagai suatu yang tidak baik. Sebaliknya, jadikan ia suatu pengalaman yang berharga. Ini kerana kegagalan adalah anak tangga kejayaan.

Pertama : Kegagalan adalah suatu pengajaran

Ia memberitahu kita apa kekurangan diri dan cara untuk mengatasinya.

 

Kedua : Kegagalan sebagai pencetus motivasi

Ia mencabar kita untuk buktikan kita boleh buat lebih baik dari itu.

 

Ketiga : Kegagalan sebagai suatu penapis ego

Ia membolehkan orang berjaya hidup kesederhanaan dan dapat membantu orang yang belum berjaya.

 

Keempat : Kegagalan sebagai penilai keupayaan diri

Ia memberitahu kita tahap kemampuan diri agar dapat menyelaraskan semula matlamat asal ke tahap yang sejajarnya.

 

Kelima : Kegagalan sebagai suatu erti hidup

Kita menjadi lebih matang berfikir. Kita juga menjadi lebih tahan lasak untuk berhadapan dengan cabaran yang lebih besar.

 

Keenam: Kegagalan sebagai paspot kejayaan

Tuhan tidak akan kurniakan kejayaan kepada insane yang tidak sanggup memikul kejatuhan.

 

Jelas sekali, kegagalan adalah suatu kebaikan. Tetapi, ini bukan bermaksud kita perlu mencari kegagalan. Kegagalan akan dating bila kita mencuba sesuatu yang baru atau sesuatu yang lebih dari potensi anda.

 

Sambutlah kegagalan dengan jiwa optimis kerana yang terbaik akan menyusuli. Kata pepatah Cina, “ Kegagalan membawa berkat”.

 

Setiap usahawan adalah insane yang boleh memikul risiko. Ini bermaksud mereka perlu sedia berhadapan dengan gagal dan menang.  Selagi kita takut gagal, kita akan makan gaji seumur hidup kerana kerja makan gaji mempunyai pendapatan yang mantap dan terjamin.

 

Jika anda berani, anda akan bertindak mencari kemajuan yang lebih besar.

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive