Mengapa saya tidak boleh?

 

Ramai insan meragui keupayaan dirinya untuk berjaya.  Mereka tidak percaya dirinya boleh menikmati kemewahan, kekayaan dan kecemerlangan.  Bila ditanya pada seorang pelajar tingkatan lima yang tidak pernah mendapat 8A di sekolah, beliau berkata”Mungkin saya tidak akan dapat 8A”.  Bila ditanya pada seorang agen insuran yang tidak pernah mendapat MDRT, beliau berkata, “Saya tidak boleh dapat MDRT”.

Golongan sedemikian sering beranggapan, kononnya hak berjaya dan hak kecemerlangan hanya milik orang tertentu. Mereka tidak berhajat hendak merebut peluang tersebut kerana kurang keyakinan diri.  Akibatnya, mereka terus memberi alasan mengapa dirinya tidak boleh dan bukan mencari jalan bagaimana boleh melakukannya.

Sebaliknya, liputan temuramah dengan golongan yang berjaya menjadi juara baik, seorang MDRT atau juara Olimpik; jelas menunjukkan mereka mempunyai hajat yang besar pada peringkat awal usia mereka.  Keinginan ini mendorong mereka untuk bertindak dengan cara yang istimewa. Biarpun tiada sesiapa boleh menjaminkan usaha mereka membuahkan hasil sebagaimana yang dihajatkan, tetapi tindakan yang bersungguh-sungguh sudah cukup membezakan diri mereka dari golongan yang gagal menjadi juara.

Impian bukan jaminan muktamad kejayaan seseorang  insan, tetapi ia merupakan suatu kekuatan jiwa yang mengatur kecemerlangan manusia .  Tanpa impian , manusia tidak lain seperti sebatang tunggul kayu yang mati.  Sayangnya, impian sedemikian telah dihapuskan dari jiwa seseorang  pada peringkat usia yang kecil akibat peristiwa negatif yang berlaku dalam hidupnya.

Untuk mengelakkan jiwa kita menjadi lemah, diri kita hendaklah bersiap sedia untuk menangkis faktor  keruntuhan semangat yang sentiasa mengancam jiwa seseorang  yang mahu berjaya.  Berikut ini disampaikan beberapa aspek yang menjejaskan motivasi seseorang.

 

Pertama : Persekitaran yang tidak mengizinkan

Setiap kerjaya dan perbuatan mempunyai kesesuaian mengikut tempat dan keadaan. Jika apa yang anda lakukan tidak memenuhi keperluan ekonomi, sosial dan budaya setempat; maka usaha kita yang bertungkus-lumus akan berakhir dengan kekecewaan.  Contohnya,  jika anda hendak menjadi seorang pemborong pertanian, anda hendaklah mencari tempat yang mempunyai hasil pertanian.  Sekadar usaha tidak menjamin hasil yang lumayan, anda perlu meletakkan diri anda dalam situasi yang memerlukan perkhidmatan anda. Contohnya,  jika anda hendak menjadi jutawan, carilah tempat yang mempunyai bilangan pelanggan yang ramai dan mampu membeli produk atau perkhidmatan anda.  Jika seseorang  terus menutup dirinya dalam situasi yang kurang daya saing, mundur dan lembap; kejayaan dirinya juga terhad.

 

Kedua : Diperli atau diketawa orang lain

Setiap suku kata yang melemahkan semangat anda akan berkekalan sebagai racun dalam minda separa sedar.  Ia menurunkan keyakinan dan keberanian untuk mencuba. Jika diri anda sering terancam oleh individu yang negatif, diri anda mempunyai dua pilihan; yakni meninggalkan mereka dan bersendirian.  Diri anda juga boleh mengatur strategi minda untuk menukarkan unsur negatif kawan anda sebagai suatu pendorong jiwa.  Contohnya,  Jika anda melakukan suatu kesilapan dan diketawakan orang lain, sembuhkan jiwa anda dengan bercakap ‘ Tidak mengapa, saya merasa bangga kerana melakukan kesilapan yang telah memberi ajaran kepada saya. Suatu hari , anda semua akan tahu siapa saya.” Penyembuhan diri dengan bercakap sendiri merupakan penawar racun minda yang paling berkesan.

 

Ketiga :  Kemiskinan dan kesusahan hidup

Tekanan ekonomi dan suasana rumahtangga yang bermasalah sedikit sebanyak menurunkan daya saing seseorang  kerana dirinya beranggapan “diri saya malang”.  Sikap memandang rendah produk kedudukan sekarang menutup matanya dengan kebaikan dan harapan yang bakal datang. Akibatnya, mereka menggunakan jangkaan negatif (Negative expectation) dalam berhadapan dengan hidup seharian.  Biarpun peluang yang baik datang menjelma didepan mereka , mereka gagal mengecamnya.  Sebaliknya, seseorang  yang mempunyai sikap optimis dalam hidup sering datang dari golongan yang mempunyai kejayaan diri.  Mereka menganggap setiap kejadian sebagai peluang.  Inilah sebabnya kebaikan terus menjelma dalam hidup insan yang positif.  Contohnya,  jika kita gagal dalam peperiksaan , perkatakan dengan diri anda “Ini baik, kerana saya mempunyai kesempatan untuk mencuba semula pada tahun depan”.  Dengan erti kata lain, insan yang positif sentiasa melihat pada kemungkinan dan kebaikan.  Tidak mustahillah , mengapa mereka sering menikmati kejayaan.

 

Keempat : Tidak pernah merasa kegagalan

Insan yang sering dipuja dan dimanjakan akan melahirkan suatu mentaliti rapuh.  Mereka takut mencuba dan memikul tanggungjawab yang besar dan berisiko.  Akhirnya, mereka hanya harapkan bantuan dan pemberian orang lain.  Dalam konteks masyarakat, jiwa sedemikian mengharapkan bantuan kerajaan.  Dalam konteks perniagaan , jiwa sedemikian membantutkan keberaniannya untuk menjadi seorang usahawan.  Biarpun dirinya mempunyai berbagai ketrampilan dan kehebatan, tetapi dirinya tidak akan memanjat  tangga kejayaan secara tabah.  Untuk membongkarkan zon perlindungan diri, berikan peluang untuk merasa cabaran dan tekanan.  Contohnya,  anda mendirikan perniagaan sendiri dan berhadapan dengan masalah kewangan, janganlah dijadikan sebagai sebab untuk melarikan diri.  Terus memikul tekanan sedemikian dan mencari jalan untuk memajukan diri.  Kalau semua orang takut berhadapan dengan kemungkinan , maka dunia ini tidak akan maju.  Pepatah berkata, ” setiap kemajuan bermula dari keberanian untuk meneroka sesuatu yang belum pasti.”

 

Kelima : Kekayaan petanda tamak haloba?

Jika diselidiki jiwa orang yang sudah, mereka menjadikan golongan kaya raya sebagai insan pentingan harta dan wang.  Mereka tidak sedar, betapa besanya sumbangan dirinya terhadap dunia untuk melayakkan diri mereka dengan kemewahan. Golongan sedemikian beranggapan kaya ialah suatu dosa.  Mereka tidak faham rukun “semai dan tuai”.  Sebenarnya, dunia ini hanya memberi ganjaran kepada individu yang sudi membajak sawah. Kualiti dan kuantiti perkhidmatan anda menentukan kadar pulangan yang bakal anda terima.  Golongan yang miskin sebaliknya menyusahkan hidup keluarga tersayang dan gagal menyumbangkan dana cukai untuk pembangunan negara. Golongan ini bersikap sederhana dan tidak membawa apa-apa nilai yang besar kepada dunia. Sebenarnya, semakin kita menyumbangkan idea dan tenaga untuk dunia; semakin dunia ini sibuk dan membangun.  Secara tidak langsung, usaha dan pengorbanan kita akan menawarkan peluang pekerjaan  kepada golongan masyarakat yang hidup dalam kesusahan.

 

 

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive

Author: Dr.Yew

Dr.Yew is a professional speaker.