Prinsip kejayaan : Mengapa majikan tidak menghargai sumbangan saya?


Soalan : Saya telah berkhidmat di sebuah syarikat lebih dari tiga tahun. Selama ini , saya telah banyak mengorbankan masa dan tenaga untuk membantu syarikat saya mengharungi saat-saat yang mencabar dan kini syarikat telah berjaya mencapai prestasi yang cemerlang di peringkat antarabangsa.Mengapa saya masih lagi memegang tugas yang tidak seberapa sedangkan majikan saya tahu tentang sumbangan saya. Mereka tidak pernah menghargai apa yang saya lakukan.  Saya terfikir mahu menukar kerja ke syarikat lain.

Jawapan :

Anda telah banyak berkorban dan memberi khidmat yang cukup banyak pada syarikat.  Jika anda belum dapat penghargaan yang sewajarnya, pasti ada sebabnya.  Kita sering kali menyalahkan majikan tetapi kita tidak pernah memikir kedudukan mereka dan sebab disebaliknya. Akibatnya, kita menimbulkan perasaan tidak puas hati dan membawa bersama kekecewaan dan kehampaan.

 

Memahami kedudukan syarikat

Bila syarikat telah maju , mereka memerlukan kepakaran yang lebih tinggi untuk mengisi kedudukan penting dalam organisasi.  Jika status anda masih seperti dahulu , anda tidak akan dapat  tempat dalam hati majikan.  Ada orang lain yang lebih wajar akan mengisi perasaan penting tersebut dengan kos gaji yang mungkin lebih rendah.  Usaha gigih tidak lagi dapat menjamin kejayaan di peringkat tinggi, kerana nilai ketrampilan juga penting. Maklumlah , pasangan kerja semakin tinggi berikutan ramainya graduan lepasan universiti yang membanjiri dunia kerja.

 

Apakah aspek pengorbanan anda ?

Dalam usaha anda membantu organisasi, ada orang lain yang setanding dengan semangat anda mungkin memberi khidmat yang jauh lebih tinggi dari apa yang telah anda curahkan.  Dalam hal ini, syarikat pasti memberi peluang atau penghargaan kepadanya. Syarikat pentingkan keuntungan dan kecemerlangan.  Jika sumbangan anda adalah pada aspek yang tidak menjurus kepada semua faktor keuntungan syarikat , maka pengorbanan anda tidaklah membawa pengertian yang tinggi dalam persepsi majikan. Sememangnya , individu yang membawa perniagaan kepada syarikat jauh lebih penting dari individu yang sekadar menghiasi pejabat waktu perayaan biar pun kedua-dua memperuntuk masa dan tenaga yang sama.

 

Jika anda mempunyai pilihan , apakah aspek sumbangan lain yang dapat anda fikirkan untuk syarikat? Adakah anda dapat libatkan diri dalam berbagai aspek pembangunan syarikat yang selama ini bukan dalam skop tugasan anda. Jika anda dapat libatkan diri dalam tugasan yang lebih besar, maka anda akan dapat mendapat perhatian yang lebih besar dari atasan dan seterusnya membolehkan anda mengalih kepada bidang baru. Tanpa perubahan ini, anda mungkin akan terus terpendam dalam skop hidup yang tidak seberapa.

 

Adakah anda mempunyai sikap yang terpuji

Usaha yang gigih tidak mengambarkan diri anda layak untuk dinaikkan pangkat atau memegang peranan yang lebih tinggi.  Anda perlu mempunyai sikap yang baik dan tidak menimbulkan sebarang masalah dalam pasukan.  Nilai semula kehadiran anda dalam syarikat , adakah anda pernah mengeluarkan kata-kata yang menyinggung seseorang.  Jika benarnya anda mempunyai kelemahan dalam aspek EQ (Emotional quotient), maka anda perlu belajar memperbaiki diri dalam kawalan diri sebelum anda layak mendapat penghormatan dari atasan.

 

Adakah sumbangan anda berterusan?

Bila anda tidak mendapat penghargaan yang sewajarnya, apakah reaksi anda? Adakah anda mula menunjuk perasaan dan tidak bersefahaman dengan atasan anda atau cemburu dengan orang lain yang telah berjaya? Sebenarnya , majikan anda mungkin hanya memberi ujian untuk anda.  Melihat sejauh manakah anda sanggup dan dapat terus berkorban. Keupayaan seseorang memberi khidmat tanpa batasan adalah suatu ukuran kemuliaan diri.  Ini menunjukkan dirinya dapat menerangkan peluang yang lebih tinggi. Jika anda masih belum dapat balasan, janganlah risau.  Masa belum lagi sampai.  Bila anda telah layak, segala kebaikan akan datang menjelma dalam bentuk yang anda tidak percaya.  Anda akan dapat lebih dari apa yang anda jangkakan sekarang.

 

Kesimpulan

Kita tidak ada hak untuk menentukan keputusan majikan terhadap kedudukan kita dalam syarikat.  Hanya bila anda telah mendiri perniagaan sendiri , barulah anda berhak menentukan hala tuju hidup anda. Terima semua keputusan atasan dan fikirkan makna di sebalik tindakan mereka.  Suatu hari, anda mungkin akan berterima kasih dengan apa yang mereka lakukan kepada anda sekarang.

 

________________________________________________________________

 

 

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive