Memburu Kejayaan

Usaha mengejar kejayaan ibarat seorang pemburu mencari binatang di hutan. Bila dia nampak seekor ular, dia tidak akan memburu kerana ia bukan kehendaknya. Bila dia nampak seekor harimau, dia tidak akan memburu kerana ia bertentangan dengan perundangan. Bila dia nampak seekor babi hutan, dia tidak memburu kerana tidak diterima agamanya. Sebagai seorang pemburu, dia tahu apa yang dia  mahu. Dengan itu, dia tidak akan memburu apa sahaja yang disukai.

Begitu juga dengan misi hidup. Kita hendaklah menentukan apa yang kita mahu dalam hidup dan kita menjejakinya siang dan malam. Sayangnya, ramai orang yang belum ada misi hidup mengerjakan apa sahaja yang difikirkan dapat wang. Mereka terus butakan diri dengan misi yang dirasakan bermakna tetapi bukan apa yang dia mahu.

Sebagai seorang pemburu yang bermisi, dia akan membuat rancangan yang teratur sebelum masuk ke dalam hutan. Dia pastikan bekalannya mencukupi, peluru mencukupi, dia juga bawa parang bersama untuk mmbuka jalan. Sebagai seorang pengejar kejayaan, kadang-kadang kita terlalu mahu cepat mendapat kekayaan dan kita tidak lengkapkan diri dengan persiapan diri yang mencukupi. Contohnya, orang yang mahu mendirikan sebuah syarikat perlulah mempunyai pengetahuan tentang keperluan pasaran, persaingan dan berbagai faktor yang mempengaruhi productivity syarikat.

Dalam dunia moden ini, ramai orang menceritakan “kejayaan yang cepat” melalui berbagai media moden seperti internet. Tetapi, persiapan diri untuk semua proses kejayaan bukanlah suatu yang cepat. Anda perlu meruangkan masa untuk mempelajari setiap ilmu yang ada di sebalik kejayaan anda. Anda perlu mencari teman kejayaan yang dapat memberi sokongan moral kepada anda. Anda juga perlu membina kewangan yang mencukupi untuk menjayakan perniagaan anda.

Cuba kita bayangkan, bila seseorang pemburu telah berjaya menawan seekor binatang, dia akan membawanya dan berkongsi dengan keluarga tersayang. Dia akan merasa dirinya telah membawa suatu sumbangan untuk keriangan dan kebahagiaan keluarga. Dia juga akan merasa nikmat kepuasan kerana dapat mencapai hasrat hatinya.

Bila anda memburu kejayaan, anda mendapat berbagai ganjaran yang memenuhi keperluan keluarga. Anda tahu, kejayaan yang bermakna adalah suatu yang dapat memberi kebaikan kepada keluarga mahupun masyarakat. Semakin ramai orang mendapat manfaat dari kejayaan anda, semakin tinggi erti pemburuan kejayaan anda.

 

Ilmu kejayaan

Kejayaan yang tidak berfokus dan berubah matlamat mengikut masa tidak memberi suatu erti yang besar dalam hidup seseorang. Anda akan dapati kejayaan sedemikia adalah rapuh dan tidak bertahan lama. Anda akan lepaskan pemburuan kejayaan bila ada sesuatu masalah atau tekanan yang melanda hidup anda.

 

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive