Membina Kerjaya Sendiri

Ramai orang inginkan kerjaya sendiri. Bila anda mempunyai asas kerjaya, anda akan dapat merancang hidup mengikut keperluan sendiri. Anda juga dapat meneroka potensi pendapatan yang sesuai dengan corak hidup yang anda idamkan.Untuk itu, seseorang perlulah bersedia meninggalkan dunia makan gaji. Anda juga perlu berani meneroka peluang kerjaya bermula dari sifar. Oleh kerana tidak semua orang mempunyai keberanian tersebut, maka peratusan orang yang meneroka peluang perniagaan adalah kecil berbanding dengan orang yang makan gaji.

Sememangnya tidak ada salah untuk bekerja makan gaji. Tetapi, ia adalah suatu pilihan yang menentukan taraf hidup seseorang. Untuk membolehkan anda menjadi seorang usahawan , anda perlu lengkapkan diri dengan sifat-sifat berikut:

Pertama : Menangkis rasa takut

Keberanian menyahut risiko adalah suatu sifat yang membolehkan anda hidup dengan pendapatan yang tidak terjamin. Anda hendaklah berusaha kuat untuk mendapat pulangan yang lumayan.

 

Kedua : Membina ketahanan diri

Keupayaan meneruskan perjuangan perniagaan anda biarpun apa sekalipun yang melanda diri anda.Kegagalan mencapai tahap pendapatan yang anda hajatkan tidak menjadi penghalang untuk terus memajukan kerjaya anda.

 

Ketiga : Tidak mudah terpedaya oleh insan yang tidak sealiran dengan anda

Mungkin anda menerima teguran dan bantahan dari orang lain, tetapi janganlah anda terpedaya oleh air sejuk mereka. Anda perlu mempunyai impian sendiri dan terus berusaha biarpun dihalang orang lain. Kemungkinan orang yang menghalang anda bukannya seorang usahawan yang berjaya. Dengar nasihat dari orang yang berjaya sahaja.

 

Keempat : Mencari jalan dan bukan mengelakkan masalah

Setiap masalah dan kekurangan adalah rempah kejayaan. Yang penting, kita dapat belajar darinya. Janganlah mudah kita mengalah. Sebaliknya, dapatkan idea dari orang berpengalaman dan menjadikan semua masalah sebagai sumber pembelajaran.

 

Kelima: Membina kejayaan dan bukan mengharapkan simpati

Jika kita gagal mencapai apa yang kita hasratkan, jangan salahkan sesiapa. Ini kerana anda bertanggungjawab terhadap apa yang anda lakukan.

 

Kesimpulan

Dunia usahawan adalah hak individu yang mahukan kejayaan. Hanya orang yang bersedia menyahut cabaran perniagaan sahaja dapat menikmati rezeki tersebut.

 

 

 

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive