Magnet Kejayaan

Ramai orang salah faham dengan magnet kejayaan. Mereka berpendapat kejayaan akan datang melayang tanpa mencurahkan sebarang usaha. Ada juga berpendapat teknik yang dikongsikan dalam CD secret sudah memadai untuk Sejak pelancaran CD “Secret”, ada kawan memberitahu saya bahawa dirinya akan menjadi “jutawan” dengan hanya memberi fokus pada imaginasi semata-mata.

Menurut kajian ilmu kejayaan, proses mencapai impian adalah suatu gabungan prinsip kejayaan. Faktor kamahuan yang berkobar-kobar serta teknik imaginasi hanyalah antara amalan kejayaan yang mendekatkan diri anda dengan kejayaan. Tanpa aplikasi prinsip-prinsip kejayaan yang menyeluruh, magnet kejayaan tidak akan menjelma dalam hidup anda.

Saya sering dibawa untuk berkongsi ilmu kejayaan di Selamat Pagi Malaysia (TV1). Sayangnya, di sebabkan masa siaran yang terhad, perkongsian saya juga terhad dengan beberapa pendekatan yang tidak holistic dan boleh mengelirukan penonton. Akibatnya, penonton gagal menghidupkan ilmu kejayaan yang praktikal.

Untuk mendapat kuasa magnet kejayaan, anda hendaklah bersedia menghidupkan semua prinsip-prinsip kejayaan. Amalkan setiap prinsip kejayaan dan jadikan ia suatu “seruan automatic”. Sebati hidup anda dengan budaya orang-orang berjaya. Anda akan dapati, semua keperluan untuk menjayakan impian anda akan mula menjelma depan anda.

Ada orang bekerja dengan keras siang dan malam dan gagal menemui sumber kejayaan yang diperlukannya. Kerajinan sahaja tidak mencukupi untuk mengaktifkan magnet kejayaan. Contohnya , orang yang mengadu tidak ada modal untuk memulakan perniagaan akan menemui sumber modalnya bila “kuasa magnet kejayaan” hadir dalam hidupnya. Tetapi, ada juga orang yang terus mngadu tiada modal seumur hidup. Ini kerana mereka gagal menghidupkan magnet kejayaan dalam hidup mereka.

Jika anda masih mempunyai banyak penghalang kejayaan dan impian masih tertidur, ini bermakna magnet kejayaan anda masih belum diaktifkan. Tanya diri anda, prinsip-prinsip kejayaan mana yang masih belum wujud dalam hidup anda? Cari jawapan ini dan semaikan prinsip-prinsip kejayaan yang belum anda miliki. Anda akan dapati, semua penghalang kejayaan akan memberi jalan dan membolehkan anda mencapai apa yang anda hajatkan.

Saya ingin mempelawa anda untuk mendapatkan program “Mutiara Kejayaan” dan salami semua prinsip-prinsip kejayaan yang termaktub dalam program ini.  Saya pasti, kuasa magnet kejayaan akan mula menjelma dalam hidup anda.

 

Ilmu kejayaan

Magnet kejayaan adalah suatu proses mendekatkan diri anda dengan impian anda. Selagi anda masih belum mencapai impian anda, anda perlu belajari cara untuk mengaktifkan aura magnet kejayaan tersebut. Sudah pasti, anda dapat mencapai apa yang anda hajatkan dengan lebih mudah.

 

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive