Kematangan EQ dalam Kerjaya Anda

Jika anda mengalami pergolakan emosi di tempat kerja, anda memerlukan keseimbangan emosi untuk membolehkan anda mengembalikan kepuasan dan keriangan kerja.

Setiap orang boleh merasa tidak puas , tidak gembira atau benci dengan sesuatu yang mencabar. Jika perasaan ini tidak terkawal, ia mungkin akan membawa berbagai implikasi yang negatif seperti melarikan diri, melawan atau bertengkar.

Seseorang yang matang emosi perlu mempunyai keupayaan mengolah perasaan dan tidak mengizinkan perasaan mengolah hidupnya. Ini boleh dilakukan dengan cara-cara berikut:

 

Pertama : Membina ruang bertolak ansur

Jika kita mesti menang dalam setiap perjuangan, kita akan mengundang masalah. Kita perlu memberi ruang kepada orang lain untuk mendapat apa yang mereka perlukan. Jika kita hanya dikirkan diri sendiri, ruang emosi akan menjadi sempit dan kita akan mudah terluka.

 

Kedua : Menjauhkan diri orang yang bermasalah

Anda mempunyai hak untuk menentukkan siapakah yang anda mahu bekerjasama. Jika anda rasa orang-orang tertentu mempunyai masalah sikap yang boleh merosakkan masa depan anda, jauhkan diri darinya. Berikan ruang untuk anda membina kecemerlangan diri.

 

Ketiga : Membentuk cita-cita yang tinggi

Selagi cita-cita kita besar, kita akan sanggup menghadapai apa sahaja dugaan. Kita tahu, cabaran sekarang hanyalah sementara kerana ada impian yang lebih besar sedang menunggu anda. Anda tidak akan mudah terpedaya oleh perkara remeh temeh dan tidak penting dalam hidup.

 

Keempat : Maaf-memaafan

Anda perlu belajar memaafkan kesilapan orang lain biarpun ia amat melukakan anda. Simpan dendam dalam hati hanya akan membawa padah pada emosi diri sendiri. Hidupkan ruang hati yang positif dan ceria selalu. Jangan izinkan perasaan lalu mengancam hidup anda.

 

Kelima : Keseimbangan hidup

Anda perlu aturkan dan disiplinkan hidup agar ia meliputi aspek kekeluargaan, sukan, rehat, hiburan. Hidup yang tidak seimbang akan membuatkan kita “burn out”.

 

Keenam: Melihat dunia dengan persepsi positif

Fikirkan kebaikan pada setiap kejadian yang anda lihat. Anda akan nampak dunia ini tidak sehodoh yang difikirkan. Anda mula nampak peluang dan kebaikan.

 

Kesimpulan

Kesihatan mental dan emosi adalah aset kejayaan. Ramalkan keseimbangan EQ dan anda akan dapat memanjat tangga kejayaan dengan lebih berjaya.

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive