Kejayaan membawa berkat, adakah anda bersedia?

 

Kalau kita memerhatikan insan yang hidup susah, kita akan dapati mereka berhadapan dengan berbagai masalah. Mereka gagal memenuhi tugasan menyara ibu bapa yang uzur, mereka berdepan dengan hutang yang besar. Mereka juga gagal memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anaknya.

Usaha untuk memajukan diri adalah tanggungjawab yang murni demi untuk membina hidup yang lebih berkualiti. Di samping itu, usaha memajukan diri juga dapat membawa kemajuan kepada negara tercinta. Cuba bayangkan, jika setiap rakyat Malaysia mempunyai kelulusan yang tinggi, sudah pasti kita dapat bersaing dengan negara lain dalam berbagai bidang.

Demi mencapai tujuan tersebut, setiap individu hendaklah bersedia menyahut seruan untuk terus melengkapkan diri dengan ilmu dan kepakaran dalam berbagai bidang. Kita juga perlu sebatikan diri dengan pemikiran orang yang berjaya. Bila minda kita telah disemat dengan prinsip kejayaan, kita mudah mengolah hidup kita ke tahap yang lebih berjaya.

Kalau kita perhatikan peluang pembelajran yang berlambak di Malaysia, kita percaya setiap orang mempunyai peluang untuk memajukan diri masing-masing. Tetapi , mengapa ramai orang masih berada di pinggir kejayaan? Mengapa masih ada orang yang mengadu “tiada peluang”. Sering kali, insan sedemikian gagal menyambar peluang. Mereka menolak peluang kerana tidak minat, tidak bersedia, tidak sudi membayar kos untuk mendapat sesuatu. Rata-rata orang mahu “percuma” dan akibatnya, mereka tidak mendapat peluang yang terbaik.

Dalam usaha ini, BCR telah mempelopori program bimbingan peribadi untuk membantu seseorang menguasai ilmu kejayaan dalam hidup mereka.  Ilmu kejayaan adalah penggerak kemajuan dan kecemerlangan. Sekadar mempunyai motivasi tanpa ilmu kejayaan ibarat seseorang mengisi tangki keretanya dengan petrol , tetapi kereta tersebut telah rosak. Akhirnya, pemandu masih gagal sampai ke destinasi yang dihendaki.

Jika kita selidik jiwa insan yang berjaya, kita dapati mereka sudi memperbaiki kereta mereka dengan mendapatkan bantuan mekanik. Mereka juga sudi membayar kos pembaikan kereta.

 

Ilmu kejayaan

Biarpun kejayaan adalah hasrat semua orang , tetapi hanya segelintir yang dapat menikmatinya. Jelas sekali, kemahuan untuk berjaya belum mencukupi. Pepatah menyatakan “Masukkan duit dalam mulut anda”. Setiap komitmen dengan bercakap adalah mudah, tetapi jika anda sudi komit dengan membayar harga kejayaan, anda dikatakan seorang yang ikhlas dengan hasrat untuk berjaya.

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive

Author: Dr.Yew

Dr.Yew is a professional speaker.