Kejayaan Malaysia

Sejak saya memulakan kerjaya perguruan di Sekolah Menengah Kota Kinabalu (KK High School) pada tahun 1991, saya telah memberi dorongan motivasi kepada anak murid saya untuk mencapai kejayaan di peringkat dunia. Saya menyeru mereka mengharumkan nama mereka di sukan Olimpik dan mendapat pingat emas yang pertama untukMalaysia. Sehingga ini, sudah hampir dua abad saya dalam arena pendidikan. Saya masih memegang misi mendorong anak muda kita menjayakan misi tersebut.

Sesungguhnya,Malaysiatelah melahirkan ramai juara dunia. Datuk Nico David telah mencatatkan diri sebagai juara dunia dalam sukan Squash. Datuk Lee Chong Wee telah menjuarai Pemain Nombor 1 dalam sukan badminton. Begitu juga dengan puluhan orang wira negara yang telah mencatat sejarah dalam berbagai projek yang sukar dijejaki insan lain; antaranya mendaki gunung tertinggi di dunia, mengembara di Kutub Selatan, penjelajah gurun Sahara, pelayaran tunggal keliling dunia , kelahiran angkasawan pertamaMalaysiadan sebagainya.

Dalam usaha hendak menyemarakkan jiwa “achiever” di peringkat dunia, semua warga beliaMalaysiahendaklah dilengkapkan dengan mentaliti seorang wira. Mereka hendaklah mempunyai kemahuan untuk mengharumkan namaMalaysiasebagai misi kehidupan. Mereka juga perlu mempunyai semangat dan sikap yang membawa keungguan dalam hidup mereka.

Sejajar dengan harapan ini, saya telah menyahut cabaran dari Y.Bhg.Prof.Madya Dr. Mohammed Fadzil Che Din untuk menubuhkan Biogenic Aura Crest Academy, sebuah akademi yang membawa misi untuk meningkatkan kesedaran warga Malaysia tentang erti kecemerlangan dan kejayaan di peringkat dunia.

Dalam bidang kesukanan, budaya pemikiran Olimpik di Malaysia masih belum matang berbanding dengan negara lain. Kalau anda menjejaki di mana-mana gymnasium besar diUSA,China, Rusia, German, anda pasti berkesempatan bersua dengan jaguh-jaguh Olimpik yang pernah mendapat pingat emas. Sebaliknya di Malaysia , suasana ini tidak langsung kelihatan. Anda mungkin bernasib baik kalau dapat bersua dengan jaguhsukanSEAatau ASEAN game.  Akibat dari suasana yang kurang pendedahan terhadap kejayaan di peringkat dunia, ramai belia Malaysia terus terbawa-bawa oleh budaya kejayaan yang bersifat “cukup makan”.

Sudah sampai masanya kita mempelopori kejayaan yang bertaraf dunia di kalangan belia kita. Sebarkan misi “pecah rekod dunia” sebagai seruan kejayaan dalam bidang apa sekalipun. Selagi harapan ini sudah berakar umbi dalam fikiran belia kita, sudah pasti kita akan menjumpai lebih ramai juara dunia di masa yang akan datang.

Setiap kali kemenanganMalaysiadi sukan antarabangsa, luahan yang pertama dari ketua kontingen ialah tuntutan imbuhan dan bonus. Biarpun permintaan sedemikian amat bermakna sekali, tetapi ia tidak akan memberi suasana yang sihat untuk generasi mudah kita. Kejayaan kita adalah untukMalaysia, bukan untuk tujuan kewangan atau kepentingan lain.

 

Ilmu kejayaan

Selagi hajat kejayaan telah disebatikan dengan kepentingan wang, erti perjuangan untuk mengharumkan namaMalaysiatelah kehilangan maknanya. Walaupun kita perlu membri imbuhan kepada pemain yang berjaya, tetapi ia bukanlah misi perjuangan yang hakiki.

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive