Ibu bapa saya mengawal saya dengan ketat

Dengan bertambahnya pusat-pusat hiburan dan pasaraya yang berhawa dingin, anak-anak muda sering memilih untuk tidak berdiam di rumah.  Mereka hendak  merasa hak untuk berdikari dan jalan ke mana yang mereka suka. Ramai remaja leka dengan tanggungjawab hidup.  Bila mereka dimarah atau ditegur atas sikap diri, ada yang mengambil langkah berontak atau sengaja melakukan apa yang terlarang dengan tujuan untuk membalas dendam.

Apakah kita hendak menyalahkan ibu bapa atas sebab mereka terlalu ketat atau tegas.  Adakah kita sedar , mereka besarkan kita dari kecil dan masih kita mengharapkan sesuap nasi dari mereka setiap hari.  Adakah kita sedar, mereka berhak mengawal diri anda sehingga usia 21 tahun mengikut undang-undang? Adakah kita faham, betapa banyaknnya pengorbanan yang telah mereka curahkan untuk kita sekian lama.

Dengan memahami kedudukan diri kita sebagai anak, adakah kita sanggup korbankan semua tarikan luar yang cuba melemahkan masa depan anda .  Kita cuba memperuntukkan masa bersama dengan keluarga dan meringankan kerja mereka.  Biarpun kita tidak suka dengan sikap mereka, tetapi kita hendaklah belajar menerima mereka tanpa syarat.

Persoalan dari Leela Chin:

Saya berusia 19 tahun, ibu bapa saya sering melayan saya seperti budak kecil.  Mereka begitu mengambil berat tentang saya.  Saya hanya berlagak seperti patung dan menunggu arahan atau teguran.  Saya sudah tidak boleh tahan dengan gelagat ibu bapa yang sering bercakap dengan kuat di depan saya.  Memang benar, mereka mahukan saya menjadi baik, mereka mahu jaga keselamatan saya .  Tetapi, pada pendapat saya, usia saya bukannya kecil.  Saya tidak suka lagi mereka terlalu mengambil hal dengan apa yang saya buat.  Saya rasa mereka terlalu cerewet.  Saya tidak suka berada di rumah.  Lebih rela kalau saya menghabiskan masa dengan berjalan-jalan di Kota Kinabalu.  Apakah pendapat Hilter dengan sikap saya dan bagaimana menangani perasaan saya yang tidak menentu sekarang.  Jawapan anda amatlah saya hargai.

Jawapan dari Hilter:

Saya faham dengan perasaan adik.  Sememangnya , tidak ada sesiapa yang suka dengan teguran atau percakapan yang keras dan kuat.  Apa lagi , usia anda yang semakin dewasa.  Saya berpendapat agar adik mula berfikir dan membuat keputusan bagi diri anda dan tidak lagi tunduk pada telunjuk orang tua sahaja.  Mereka mengambil hal dengan hidup anda kerana mereka meneruskan budaya sejak anda dijaga waktu kecil dulu.  Mereka mungkin terlalu prihatin dengan keselamatan dan kebaikan anda sehingga mereka tidak sanggup melihat kesilapan diri.  Akibatnya, anda merasa diri  tidak mempunyai peluang untuk melakukan apa yang anda mahu lakukan.

Dalam konteks ini, jika adik memilih jalan pintas untuk melarikan diri dan berjalan-jalan di bandar Kota Kinabalu tanpa sebarang tujuan bukanlah suatu langkah yang bijak.  Jika anda boleh bertindak mengikut kematangan, apa yang baik dan apa yang patut anda lakukan- biarpun dihalang oleh mereka.  Ini menunjukkan anda sedia buktikan apa yang mereka larang, tetapi akhirnya anda membawa suatu kejayaan.  Masa itu, mereka pasti akan mula bersetuju dengan anda.  Tetapi , jika anda hendak memaksa mereka mengubahkan persepsi diri sekrang mungkin bukan suatu langkah yang bijak.

Kita janganlah menjadi agen pengubah pada perangai dan kelakuan ibu bapa , tetapi kita boleh berusaha membuktikan kejayaan diri.  Ramai ibu bapa menghalang anak melakukan sesuatu, kerana mereka tidak faham dengan minat dan kebolehan anak. Mereka berkata itu tidak baik, tetapi bila anak mereka sudah berjaya, barulah ibu bapa  berdiam diri.

Jadikanlah suara cerewet ibu bapa sebagai motivasi untuk anda terus mara ke depan.  Tetapi janganlah menolak semua teguran mereka.  Kata orang, ibu bapa lebih banyak makan garam dari kita.  Lagipun, hidup ini adalah kepunyaan diri anda, bukan ibu bapa anda.  Masa depan anda hendaklah anda kelola dengan bijak mengikut budi bicara sendiri.

Jika anda perlukan masa yang lebih meninggalkan suasana rumah yang menyakitkan, anda bolehlah memilih tempat seperti di perpustakaan.   Janganlah  melukakan hati dengan membiarkan diri anda terpijak oleh insan yang tidak memahami perasaan dan kemahuan diri.  Yang penting, anda tahu menjaga diri dengan baik.  Jangan pula kita melepaskan diri dari rumahd an terus mencari hiburan dan membuang masa.  Jika anda gagal mengurus hidup dengan baik, adik tidaklah layak melarikan diri dari mereka, kerana akhirnya anda hanya buktikan kegagalan dan kesakitan.

Biarpun kita dimarah dan ditegur secara keras, tetapi kita hendaklah faham makna di sebaliknya.  Diri kita hendaklah merendahkan diri dan memikir dengan mendalam tentang teguran yang kita terima biarpun betapa sakitnya kita.  Jika diri kita merasa teguran mereka keterlaluan dan tidak berasas, anda bolehlah membuat keputusan untuk tidak menerimanya.  Tetapi sebaliknya, jika anda rasa teguran mereka membawa kebaikan terhadap masa depan anda, terimalah dengan hati terbuka.

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive

Author: Dr.Yew

Dr.Yew is a professional speaker.