Formula Kejayaan

Secara amnya, terdapat tiga skop kejayaan yang sering dikaitkan dengan insan “berjaya” Yang pertama , berjaya mencapai misi dan rancangan hidup yang telah ditetapkan Yang kedua, berjaya membina nilai dan sumbangan kepada dunia tercinta, ketiga, keupayaan melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan orang lain

 

Hasil dari pemerhatian insan berjaya , mereka mempunyai beberapa formula yang menjadi tunggak kehidupan seharian. Kesemua formula kejayaan adalah teras kepada prinsip kejayaan. Jika anda dapat mengamalkan kesemua formula kejayaan ini, anda pasti dapat menerima ganjaran hidup yang lebih baik kelak

 

Pertama : Usaha merancang dan mencari idea baru

Mereka sering bertanya pada diri sendiri, “apa lagi yang boleh saya lakukan?” Mereka terus mencari jalan biarpun rancangan telah tergugat buat beberapa tahun. Hasrat mereka untuk menghidupkan rancangan lama menjadi suatu igauan hidup yang memacu mereka membina pelan tindakan yang tidak dapat difikirkan orang lain.

 

Kedua : Mendirikan pasukan sokongan

Insan yang berjaya tidak percaya dengan usaha “solo”. Mereka hendakkan kerjasama dari insan yang mempunyai kepakaran dan peranan yang berbeza. Mereka terus mendapat ilmu dan belajar dari pengalaman orang lain. Bila mereka telah berjaya membina pasukan yang menyokong perjuangan mereka, mereka pasti dapat buat lebih baik dari melakukannya sendiri.

 

Ketiga: Mendapatkan semua keperluan projek

Setiap rancangan kejayaan memerlukan keperluan yang tersendiri Anda mungkin perlu belikan komputer, mesin, perisian lembut dan sebagainya. Laburkan wang untuk membina semua yang diperlukan untuk menjayakan projek anda. Jangan harapkan sesuatu akan datang melayang secara percuma.

 

Keempat : Meneliti corak kejayaan orang lain

Model kejayaan orang lain sentiasa menjadi suatu contoh kepada insan yang inginkan kejayaan. Mereka sering membuat lawatan serta berinteraksi dengan insan yang telah berjaya dalam sesuatu bidang. Mereka juga membuat usaha kerjasama untuk menguatkan landasan kejayaannya.

 

Kelima : Membina keunikan diri

Setiap kejayaan yang disalin dari orang lain bukanlah identiti anda. Usahakan suatu produk atau perkhidmatan yang menggambarkan keunikan anda. Anda akan dapati diri anda menjadi “market leader” yang bakal mengharungi pasaran dunia.

 

Kesimpulan

Kesemua formula kejayaan yang disebutkan di atas membolehkan anda menjadi insan luar biasa. Amalkan semua formula ini dan anda akan dapati hidup anda menjadi lebih berjaya dan bermakna

 

 

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive

Author: Dr.Yew

Dr.Yew is a professional speaker.