Falsafah kejayaan

Ada orang menyatakan kejayaan memerlukan taktik dan strategi. Mereka berpendapat falsafah kejayaan terlalu cetek dan tidak praktikal. Akibatnya, mereka terus mengatur rancangan serta pelan tindakan yang tidak selaras dengan falsafah kejayaan. Contohnya, jaguh sukan yang mahu berjaya dalam bidang sukan menggunakan steroid dan ubat peransang prestasi. Ada juga yang sudi menjual maruah pasukan dengan melibatkan diri dalam rasuah dengan membeli pengadil pertandingan. Apakah akibatnya, kejayaan mereka tidak bertahan lama. Akhirnya, mereka akan runtuh kembali.

Falsafah kejayaan menggariskan prinsip-prinsip kejayaan sejagat yang membolehkan seseorang mengatur strategi yang lebih praktikal. Contohnya , falsafah kejayaan mengulas keperluan untuk membina kejayaan yang seimbang dalam semua aspek kehidupan. Falsafah kejayaan juga menekankan pentingnya nilai dan harga diri dalam  sesuatu kejayaan.

Setiap pakar motivasi yang tidak memahami falsafah kejayaan akan sering menghuraikan kejayaan dari perspektif yang tidak praktikal. Contohnya, motivasi untuk meminta seseorang untuk menghentikan kerja makan gaji dan terus memulakan perniagaan MLM mungkin tidak bersesuaian dengan seseorang yang tidak mempunyai pengalaman perniagaan.  Falsafah kejayaan memerlukan seseorang memahami dirinya. Status kewangan, pengalaman, sosial dan keluarga menentukan sejauhmanakah dirinya boleh membuat sesuatu perancangan.

Dalam usaha untuk memahami falsafah kejayaan, seseorang hendaklah mempunyai kematangan diri yang tinggi untuk membuat analisis terhadap sesuatu ilmu dan kehidupan.  Falsafah kejayaan menekankan pada “praktikaliti” dan bukan “mesti”. Banyak ideology kejayaan yang dikatakan baik mungkin tidak praktikal untuk orang tertentu. Seseorang yang mahir menguruskan kejayaan perlu mempunyai keupayaan untuk menilai mana yang perlu didahulukan atau dikemudiankan. Usaha membantu anak untuk cemerlang dalam pendidikan mungkin perlu dikemudiankan kerana berdepan dengan masalah kewangan keluarga. Anak-anak mungkin perlu dikerah untuk membantu ibu bapa bekerja selepas tamat sekolah.

Tanpa penguasaan falsafah kejayaan untuk membentuk tabiat minda insan berjaya , ramai orang mendapti motivasi dan kursus menjadi suatu yang tidak praktikal. Sekadar menerima pendedahan kursus motivasi untuk beberapa hari tidak menjanjikan transformasi sikap dan tabiat minda. Yang menyedihkan, ramai orang yang tamat kursus motivasi tidak tahu cara untuk membentuk tabiat minda kejayaan.

Memandangkan wujudnys jurang yang besar antara teknik kejayaan dan falsafah kejayaan, pihak Biogenic Coaching Resources  berusaha menggubal sistem pendidikan susulan untuk menyemai falsafah kejayaan di kalangan peserta kursus motivasi. Proses komplementasi seperti ini membolehkan seseorang mengecapi kebaikan seminar motivasi dengan lebih berkesan.

 

Prinsip kejayaan

Semua kejayaan yang tidak memenuhi falsafah kejayaan akan menjadi tidak praktikal dan tidak abadii. Sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai kursus motivasi atau seminar kejayaan , pastikan anda mempunyai kefahaman terhadap falsafah kejayaan yang menyeluruh. Perlulah difahamkan seminar motivasi ibarat bonus pada insan yang telah menguasai falsafah kejayaan. Tanpa falsafah kejayaan, semua kursus motivasi tidak akan memainkan peranan yang hakiki dalam hidup seseorang.

 

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive