Erti Kejayaan

Kejayaan adalah harapan semua orang. Bila anda bertanya pada seorang pengemis, adakah anda mahu berjaya dalam hidup. Dia akan menjerit dengan kuat “Saya mahu berjaya”. Biarpun semua orang hendakkan kejayaan, tetapi masih ramai orang yang tersisih dari pintu kejayaan ?

Hasil dari pemerhatian orang-orang yang telah berjaya, saya dapati mereka mempunyai paten pemikiran dan kehidupan yang tertentu. Setiap pemikiran, tindakan dan percakapan membawa aura kejayaan yang menarik semua syarat kejayaan yang dihendakinya. Sebaliknya, orang-orang yang gagal dalam hidup memaparkan paten yang memadamkan aura kejayaan. Biarpun mereka juga hendak mendekati semua kriteria kejayaan, tetapi akhirnya, kriteria kejayaan tidak menjadi hak hidup mereka.

Soalnya, apakah rahsia untuk anda membina aura kejayaan dalam hidup? Adakah anda perlu mendapatkan suntikan aura dari maha guru metafizik? Adakah anda perlu membeli buku motivasi yang terbaik di dunia? Adakah anda perlu melafazkan kata-kata sakti yang bersifat muzizat? Jawapannya tidak. Anda hanya perlu mengolah minda anda.

Terlebih dahulu, kenali erti kejayaan yang berteraskan prinsip kejayaan. Anda boleh mencari jawapan ini dari penelitian hidup seharian. Anda juga boleh belajar dari orang-orang yang berjaya. Seterusnya, susun setiap prinsip kejayaan dalam perancangan harian hidup anda. Anda akan dapati prinsip-prinsip kejayaan ini dapat mencetuskan suatu aura hidup yang membina “magnet kejayaan” dalam hidup anda. Anda bukan lagi perlu bekerja keras untuk mengejar harapan anda, sebaliknya semua kriteria kejayaan akan datang ke arah anda. Anda akan menemui orang tertentu, syarat dan ilmu serta sumber yang anda perlukan untuk berjaya dalam masa yang anda tidak jangka.

Bila anda berjumpa orang-orang yang hidup susah dan bermasalah, anda akan dapati dirinya gagal menghidupkan prinsip kejayaan yang tertentu. Ini ibarat “Puzzle” hidup yang masih belum dilengkapkan. Bila anda berikan prinsip-prinsip kejayaan untuk mengisi ruang kejayaan hidupnya, dirinya akan mula memulikan hidup dan menikmati kejayaan yang dihasratkan.

Setiap orang mempunyai ruang “puzzle’ yang perlu dilengkapkan.  Bila anda berjaya mendapatkan suatu panduan prinsip kejayaan yang menyeluruh, anda akan dapat memberi komplemen pada diri sendiri. Anda akan dapati hidup mula menyerlahkan bakat yang tertidur. Anda juga dapat melepaskan semua perkara negatif yang merosakkan hidup anda selama ini.

Kejayaan yang tidak memenuhi “ prinsip kejayaan “ tidak dikenali sebagai kejayaan yang hakiki. Ramai orang bermain muslihat untuk mengejar kejayaan yang bersifat palsu. Dirinya kelihatan “hebat’ dari luar, tetapi “busuk” dari dalam. Bila nilai sikap , nilai ketenangan dan kepuasan tidak disebati dalam kejayaan, maka kejayaan yang sebenar masih bukan menjadi hak milik anda.

 

Ilmu kejayaan

Orang yang sudi mencari prinsip kejayaan adalah orang yang mengenal erti kejayaan yang  sebenar. Ruangkan masa dan peruntukan kewangan untuk mencari sebanyak prinsip-prinsip kejayaan dalam hidup anda dan anda akan mula mengenal tahap kejayaan yang anda miliki sekarang. Semakin prinsip-prinsip kejayaan yang anda kuasai, anda akan dapati ruang kejayaan anda masih terbuka luas. Maklumlah, potensi yang kita tonjolkan sekarang hanyalah sebenar “puncak pulai ais’ yang muncul atas muka laut.

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive

Author: Dr.Yew

Dr.Yew is a professional speaker.