Di manakah lombong emas saya?

Hidup penuh dengan pilihan. Kita boleh mencari kekayaan di dalam berbagai bidang. Tetapi, sayangnya …. Ramai yang tidak dapat membuat pilihan yang bijak. Jika kita masih meragui setiap pintu kekayaan, tidak ada satupun pintu yang akan terbuka untuk anda.

Untuk merebut kekayaan di dunia ini, seseorang perlu mempunyai beberapa kualiti diri untuk mengaut keuntungan dan kekayaan.

 

Yang Pertama: Tiada lombong yang sempurna

Jika kita hanya melihat kelemahan yang ada di sebaliknya, kita tidak akan dapat membuat pilihan. Ini kerana semua peluang kekayaan ada kebaikan dan kelemahan yang tersendiri. Kita hendaklah boleh menilai dengan hati dan minda yang terbuka dan sedia menyambar peluang tersebut biarpun pilihan tersebut mempunyai beberapa kelemahan.

 

Yang Kedua: Dapat memberi penumpuan

Kesetiaan mencari kekayaan akan membuka pintu keuntungan yang lebih besar. Peluang datang sekali dan ia tidak akan berpihak pada kita jika kita tidak memegangnya dengan kuat. Adanya orang lain yang lebih bersedia akan menyambar peluang tersebut. Ini bermaksud kita perlu korbankan sesuatu yang boleh mengalihkan fokus perjuangan. Tumpukan pada apa yang anda mahu capai dan buat secara habis-habisan.

 

Ketiga : Meneroka bakat yang tertidur

Setiap peluang memerlu bakat yang tersendiri. Jika anda tidak bersedia, peluang tidak akan menjadi hak anda. Anda perlu mempunyai hajat untuk terus meningkatkan kualiti diri yang tinggi demi menjayakan harapan tersebut. Ini termasuk kemahiran, ilmu dan sikap diri yang baik.

 

Keempat: Kejayaan yang berkesinampungan

Peluang kekayaan yang hakiki bukan suatu yang jangka pendek. Kita perlu mempunyai kebolehan untuk menilai peluang yang dikatakan bernilai besar dengan kejayaan yang bernilai kecil. Jika kita dapat membentuk perniagaan yang bersifat jangka panjang, kejayaan adalah suatu yang abadi.

 

Kelima: Jangan lupa impian anda

Setiap orang menawarkan berbagai peluang untuk anda demi untuk memuaskan kejayaan dirinya. Jika kita tidak mempunyai pegangan diri; apa yang anda mahu dan apa yang benar-benar anda minati, anda akan mudah terjebak dengan sesuatu yang bukan menjadi pilihan anda tetapi sekadar untuk memuaskan hati orang tertentu. Selagi anda lupa diri sendiri, anda tidak akan mengenal harapan dan kemahuan diri sendiri.

 

Kesimpulan

Anda perlu menilai setiap peluang dengan hati terbuka. Jika anda mahu berjaya, janganlah kita menolak peluang. Setiap peluang adalah rezeki untuk anda.

 

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive