Kejayaan perlukan masa

Setiap kejayaan memerlukan masa.  Untuk mengubah taraf hidup , kita perlu laburkan masa dan tenaga untuk mengubah sesuatu dalam kehidupan. Jika seseorang hendakkah kejayaan yang pantas, dirinya tidak dapat membina landasan yang kukuh untuk kejayaan yang bakal datang . Kemungkinan besar kejayaannya akan menjadi rapuh dan cepat runtuh.

Sayangnya, ramai orang menanam impian untuk mencapai kejayaan besar (Pecah rekod Olimpik, menjadi jutawan) dalam tempoh yang terlalu singkat.Adayang berhajat hendak membeli kereta mewah pada tahun ini biarpun pendapatannya belum dimantapkan. Pelaburan kewangan untuk mencapai tujuan tersebut menyambut pujian dari orang lain Tetapi, pelaburan ini telah mengundang berbagai masalah lain kerana sumber kewangan hidup telah terkandas.

Dunia ini penuh dengan insan yang mahu kaya cepat, mewah cepat dan berjaya dengan cepat. Perlu difahamkan , tahap cepat atau lambat adalah bergantung pada kedudukan anda sekarang. Jika anda anak Datuk, anda mempunyai beberapa pengaruh sosial yang membantu anda mencapai matlamat anda. Jika anda seorang pekerja makan gaji, anda perlukan masa untuk mendirikan landasan perniagaan sebelum memperjuangkan cita-cita Jutawan. Oleh kerana setiap orang mempunyai latar hidup yang berbeza, anda perlulah mengolah kejayaan mengikut kepantasan anda sendiri setelah anda “mengenal kedudukan diri sendiri”.

Bila kita bercita-cita menggandakan pendapatan anda , anda perlulah tahu apa yang anda hendak lakukan sebelum anda buat jangkaan tempoh masa yang diperlukan. Jika anda menjual beras secara runcit, adalah lebih sukar untuk mencapai gandaan pendapatan dalam tempoh dua tahun.  Sebaliknya, jika anda menjual kereta, usaha menaikkan pendapatan adalah lebih pantas. Maksudnya, jenis perniagaan anda juga menentukan kepantasan anda menggandakan pendaptan.

Senerio kemajuan hidup ibarat anda sedang memandu kereta menuju ke sebuah bandar yang bernama “Kota Jutawan”. Jika kedudukan anda dari bandar tersebut adalah 100KM, sudah pasti anda akan perlu masa yang lebih lama berbanding dengan individu lain yang berada 10KM darinya. Begitu juga, kalau anda membawa sebuah motor 1000CC, sudah pasti anda boleh sampai lebih cepat dari motor 250cc.

 

Ilmu kejayaan

Janganlah kita terlalu gopoh menyatakan hasrat matlamat kita tanpa menghalusi kedudukan sekarang dan medium kerjaya yang bakal membawa anda ke matlamat tersebut.  Janganlah kesal kalau denai kejayaan agak lambat berbanding dengan orang lain. Yang penting, anda tabah meneruskan perjalanan tersebut dengan gigih dan bersemangat.

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive