Category Archives: Uncategorized

Prinsip Kejayaan : Keputusan anda menentukan hasilnya

Ramai orang mahu  mencapai perubahan yang positif tetapi ramai tidaK berani membuat keputusan untuk menyahut perubahan tersebut. Setiap hujung bulan, ramai orang yang membuat keputusan untuk mencari kerja baru. Ramai yang berhenti kerja di sesebuah organisasi kerana mereka tidak tahan dengan cabaran atau tekanan kerja dan hanya segelintir yang berhenti kerana mereka mengejar kerja yang lebih mencabar.

 

Apakah maknanya? Ini jelas menunjukkan ramai orang tidak sudi kerja susah atau bermasalah. Mereka hendakkan kerja yang senang dan terjamin. Dengan erti  kata lain, mereka menganggap kerja yang memberi tekanan akan menyusahkan mereka.

 

Tetapi, dunia kejayaan memberi jawapan yang berbeza sekali. Ramai insan yang kaya raya memberi jawapan bahawa mereka dapat berjaya kerana sudi dan sanggup melibatkan diri dalam kerja yang mencabar pada peringkat awal hidup mereka. Mereka menjadikan kerja yang mencabar sebagai ujian dan bukan sebagai ugutan.

 

Bagaimana dengan anda? Adakah anda sudi memberi peluang kepada diri anda untuk menjemur matahari , berjumpa pelanggan dan mendengar kata-kata penolakan? Jika anda tidak sudi, anda lebih rela kerja di pejabat berhawa dingin dan menerima gaji tetap tanpa perlu berhadapan dengan cabaran pemasaran yang belum pasti berapakah rezeki anda pada hari ini.

 

Setiap kerja yang ada cabaran bukan sahaja menguji kesabaran anda, juga keberanian anda menerima risiko. Gaji tetap memang baik, tetapi ia tidak memberi ruang untuk anda menerima pendapatan yang lebih tinggi. Tetapi insan yang membuat keputusan untuk meninggalkan gaji tetap dan melibatkan diri dalam perniagaan adalah suatu keputusan yang amat bernilai kerana dirinya mula merasa perjuangan seorang usahawan.

 

Adanya kawan saya yang memulakan kerjaya sebagai kerani , tetapi telah meminta syarikat memindahkannya kepada Jabatan Pemasaran. Kini beliau telah mendapat pendapatan lebih sepuluh kali ganda dari apa yang beliau dapat sebelum ini.

 

Persoalannya, bagaimanakah anda dapat membina keberanian untuk membuat keputusan tersebut? Anda perlu kesedaran:

 

Pertama :Sedar bahawa keputusan membuat perubahan dalam hidup adalah suatu yang penting demi masa depan diri anda dan keluarga anda. Kalau anda tidak membuat keputusan, kemungkinan anda akan makan gaji seumur hidup.

 

Kedua : Dapatkan dorongan dari atasan anda. Atasan anda mahukan anda berjaya. Bila anda dapatkan idea dan pengalaman darinya, anda dapat membuka skop minda terhadap peranan dan tugasan yang akan anda tangani.

 

Ketiga : Berbincang dengan kawan yang positif, khasnya mereka yang telah berjaya meninggalkan gaji tetap dan melibatkan diri dalam skop kerjaya sebagai usahawan.

 

Kesimpulan. Keputusan untuk berubah adalah hak anda; tetapi jangan menunggu sampai tua baru sedar mahu maju dan mencari perubahan. Lakukannya sekarang.

 

 

PRINSIP KEJAYAAN: Tiada Alasan , Cari Jalan

Setiap kejayaan pasti akan berhadapan dengan berbagai penghalang.  Kita janganlah menyerah pada alasan. Setiap penghalang membawa ilmu kemajuan.  Ia memberitahu kita apa yang patut kita lakukan. Biarpun bukan kita yang bersalah. Janganlah menjadikan alasan sebagai penutup kelemahan diri.  Hakikatnya, setiap alasan hanya menyebabkan kita pertahankan kelemahan.  Kita akan gagal menemui penyelesaian.  Hati kita akan terus terkongkong dengan pemikiran yang sempit.  Minda kehilangan flesibiliti.  Idea baru tidak akan terjana.

 

Biarpun siapa yang salah, itu tidaklah penting berbanding dengan apa yang patut dibuat untuk memastikan impian anda tercapai.  Ramai insan terkandas dalam perasaan menuntut kebenaran akhirnya lupa pada matlamat perjuangan yang sebenar.

 

Cara terbaik untuk mengelakkan alasan ialah buat apa yang telah anda rancang.  Jadikan rancangan harian sebagai pedoman hidup.  Sebaik anda jumpa suatu alasan, tuliskan pada senarai alasan. Jangan melayannya kecuali jika alasan tersebut  benar-benar membahayakan nyawa dan masa depan anda.

 

Gunakan pesanan hati berikut untuk mengelakkan anda menjadi mangsa kepada alasan:

  1. Saya akan buat sesuatu yang benar dan baik biarpun siapa yang menghalang. Suatu hari, mereka akan sedar mengapa saya buat begini.
  2. Saya tidak menyerah pada sebab mengapa saya tidak dapat buat apa yang patut saya buat, tapi mencari jalan bagaimana saya boleh buat.
  3. Saya melayan “alasan”  sebagai penyakit.  Selagi diri saya kebal dan kuat, tiada penyakit yang dapat menyerang saya.
  4. Saya menendang “alasan” bagaikan bola sehingga ia masuk ke dalam jaring cita-cita saya. Kita menjadi Tuan kepada alasan.
  5. Saya sedia mempertahankan misi hidup dan tidak menjadik mangsa pada alasan.

 

Sememangnya, insan yang berkobar-kobar akan mempertahankan hasrat hidupnya biarpun apa sekalipun yang melukakannya. Setiap perasaan ditukar menjadi semangat untuk meneruskan perjuangan.

 

Contohnya: Jika diri dihina orang, janganlah kita jadikan ia sebagai alasan untuk mengundur.  Sebaliknya, jadikan alasan untuk mendorong kita membuktikan kebenaran dan kehebatan diri.

 

Prinsip: Alasan adalah pembunuh cita-cita.  Insan yang berjaya mengelakkan kata-kata susah, nanti, tidak dapat sebab, mustahil. Semakin anda mengelakkan alasan, semakin cepat anda mendekati kejayaan.

Sebaliknya, insan yang gagal sering memberi alasan demi membuktikan mereka tidak bersalah atau cuba mendapat simpati orang lain

Prinsip Kejayaan : Kecekalan dan azam yang kuat

Setiap perancangan 2013 perlu disertai dengan azam yang kuat. Tanpa azam, semua perancangan akan hanya tinggal pada kertas semata-mata. Cetak petikan berikut dan tampal di tempat kerja anda agar semua apa yang anda hajatkan akan menjadi kenyataan. Pada awal tahun 2014, anda akan berkata “Saya telah capai impian saya”

Ombak yang terganas

Tidak akan menghapukan inan yang berkeyakinan diri

 

Cabaran yang terbesar

Tidak akan menekat misi insan yang mengenal keberanian

 

Persekitaran yang tidak selesa

Tidak akan menggangu emosi insan yang bercita-cita besar

 

Ketiadaan sokongan moral

Tidak mungkin melumpuhkan perjuangan insan bermotivasi diri

 

Tugas kewajipan yang berat

Tidak daapt menelian jiwa insan yang berkewajipan

 

Kecanggihan misi orang lain

Tidak akan menyimpangkan folcus pejuang yang komited

 

Pengalaman yang pahit

Tidak akan mematahkan jiwa insan yang bercita-cita besar

 

Celaan yang tidak berasas

Tidak akan menggoyangkan fikiran golongan bernilai kendiri

 

 Musuh yang garang

Tidak akan mengalahkan insan yang bersemangat waja

 

Kegagalan demi kegagalan

Tidak akan melepaskan perjuangan golongan yang cekal

 

Pendek kata…

Tiada alasan atau sebab yang boleh menghalang tindakan anda

Jika azam untuk berjaya tersemarak dalam hati anda.

Foo Chang