Category Archives: rahsia kejayaan

Rahsia kejayaan

Follow me at Twitter on new posting : Follow @hilteryew

Mengapa ramai orang inginkan rahsia kejayaan? Adakah ia suatu ilmu yang rumit dan hanya diketahui oleh orang tertentu? Adakah rahsia kejayaan bersifat “luar biasa’ dan sukar didapati? Ramai orang mencari rahsia kejayaan tetapi jelas hanya segelintir yang berjaya menjadi insan luar biasa.

Sebenar, rahsia kejayaan tidak lain dari “ilmu kehidupan” yang berteraskan kebenaran. Ilmu ini boleh didapati dari pemerhatian orang-orang berjaya, baik jutawan mahupun juara sukan. Ilmu ini juga boleh didapati dari kitab agama. Ia juga dapat dikesan dari penelitian hidup sendiri. Setiap pahit manis hidup membongkar rahsia kejayaan yang benar untuk diri anda.

Ramai orang mencari rahsia kejayaan dengan membaca buku motivasi. Mereka berharap rahsia kejayaan yang mereka baca dapat mengubah nasib dirinya.Adajuga orang mencari rahsia kejayaan dengan melawat mahaguru yang mereka segani. Semua insan yang ingin mengenal rahsia kejayaan dan sudi meruangkan masa untuk mencarinya akan pasti menjumpainya.

Semakin awal anda mengenal rahsia kejayaan, semakin mudah anda mencapai kejayaan yang anda hendakkan. Ramai orang tidak menerima pesanan dan panduan orang lain, mereka melangkah penuh kesukaran untuk mencapai apa yang dihendakinya. Mereka gagal berkali-kali. Mereka juga rugi berjuta ringgit. Rahsia kejayaan yang mereka dapati adalah hasil pengorbanan yang tinggi. Mereka mungkin berjaya mencapai kejayaan pada usia yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang sudi menerima nasihat serta tunjuk ajar dari orang lain.

Saya telah sempat bersua dan berkenalan dengan ratusan orang jutawan dalam hidup saya. Mereka adalah insan yang cemerlang dalam berbagai bidang kehidupan. Mereka juga mempunyai hidup yang bahagia dan gembira. Satu dari sifat orang-orang ini ialah mereka tidak “berhenti belajar”. Mereka mengamalkan sikap membaca buku setiap malam sebelum tidur. Mereka suka bersua dengan orang yang berjaya dan mendengar nasihat orang lain.

Adakah anda juga seorang yang ingin mencari rahsia kejayaan? Jika benarnya anda mempunyai keinginan tersebut, anda pasti akan menjumpainya. Jangan tutup setiap peluang untuk mencari rahsia tersebut. Rahsia ini akan datang ke dalam hidup anda dan mengubah nasib hidup anda. Bila masa dah sampai, sambar dan hidupkan rahsia kejayaan yang anda terima dengan tabah biarpun ia memerlukan pengorbanan dan kos yang amat tinggi.

 

Ilmu kejayaan

Hidup serba biasa tanpa intipati rahsia kejayaan adalah ibarat lauk yang dimasak tanpa rempah. Makanan tersebut tidak layak dihidangkan dalam restoran bertaraflimabintang. Jika benarnya anda hendak makan lauk yang lebih sedap, bayarkan seorang “chef” yang bertopi tinggi dan masak untuk anda. Sudah pasti, tukang masak yang berpengalaman dan berkualiti akan memasukkan rempah “prinsip-prinsip kejayaan” yang paling sedap sekali.

 

Abang Yew

Biogenic MindDeveloper