Category Archives: Makna kejayaan

Adakah kekayaan suatu tanda “tamak haloba”

Ramai orang memikirkan usahawan yang mengejar kekayaan adalah suatu tanda tamak haloba. Mereka amat sensitif dengan isu mencari pelanggan, mencari orang , membina rangkaian perniagaan dan sebagainya. Adakah benar orang-orang seperti ini bersifat tamak?

Dalam definasi saya, orang yang tamak adalah orang yang hendakkan kekayaan tanpa m encurahkan usaha dan nilai yang sewajarnya. Contohnya , perompak yang tidak memberi nilai kepada masyarakat tetapi hendak mencari kekayaan dengan melakukan jenayah adalah orang-orang yang tamak. Pengemis yang boleh bekerja tetapi hendak mencari wang dengan mudah tanpa memberi nilai kepada masyarakat adalah orang yang tamak.

Cuba kita selidik orang-orang yang kaya raya. Mereka adalah insan yang banyak menyumbang nilai kepada masyarakat. Mereka mendirikan kilang dan membuat berbagai produk yang bernilai. Bila barangan tersebut dibeli oleh orang-orang yang memerlukannya, mereka akan menerima ganjaran dalam bentuk kuntungan. Semakin berharga produk mereka , semakin tinggi keuntungan yang mereka dapati. Contohnya , saudagar menjual nasi lemak di warung jalan dan usahawan yang membuka restoran dalam hotel bertaraf lima bintang mempunyai nilai perniagaan yang berbeza. Saudagar warung menjual nasi lemak dengan harga satu ringgit, sebaliknya, saudagar di hotel betaraf lima bintang menjual nasi lemak dengan sepuluh ringgit. Sudah pasti pelanggan sudi membayar harga yang lebih besar kepada saudagar di hotel kerana nilai persekitaran, perkhidmatan yang jauh lebih baik dari warung tepi jalan. Dengan itu, tahap keuntungan dan kekayaan yang diterima oleh saudagar tersebut memberi keselesaan dan kemewahan yang tidak dapat dinikmati oleh saudagar warung biarpun produk mereka hampir sama.

 

Oleh itu , janganlah kita cemburu dengan orang-orang yang lebih kaya dari kita. Sebaliknya, tanya diri kita  – apakah nilai yang mereka sumbangkan tetapi belum menjadi nilali dalam hidup anda. Anda akan dapati semua orang-orang yang kaya mempunyai nilai yang tinggi dalam hidup. Mereka dihormati dan disayangi oleh orang-orang yang menikmati nilai yang telah mereka curahkan. Mereka juga mendapat penghormatan dari kerajaan kerana nilai  ”cukai” yang mereka sumbang untuk memajukan negara tercinta.

 

Bila anda jumpa dengan orang kaya, katakan dengan diri anda ” Saya bangga dengan nilai yang anda sumbangkan”. Anda tahu, tanpa mereka , anda tidak akan menikmati perkhidmatan kesihatan, keselamatan dan sebagainya yang telah dibina oleh kerajaan.

 

Ilmu kejayaan

Kekayaan akan menjadi suatu tanda tamak haloba kalau anda tidak dapat memberi sumbangan nilai yang sejajar dengan apa yang anda telah perolehi.  Dunia sentiasa mengalu-alukan orang-orang yang mendapatkan kekayaan dengan menukar perkhidmatan atau produk yang bernilai. Semakin hebat produk dan perkhidmatan anda , semakinlah ramai orang yang memerlukannya.; maka, semakin tinggilah nilai kekayaan anda.