Category Archives: Ilmu Kejayaan

Ilmu Kejayaan

Cuba kita selidiki insan yang berjaya, mereka mempunyai corak minda yang berbeza dengan insan yang gagal dalam hidup. Begitu juga dengan mentaliti jutawan, mereka mempunyai cara fikir yang berbeza dengan orang yang hutang keliling pinggang. Dari perbezaan ini, kita boleh membentuk suatu panduan ilmu untuk membantu insan yang masih belum mengecapi kejayaan dan kita namakannya ilmu kejayaan.

 

Secara amnya , terdapat tiga kategori ilmu kejayaan.

 

Yang pertama: Ilmu kejayaan yang berteraskan kamahiran dan kecekapan. Seseorang MDRT producer perlu mempunyai kemahiran jurujual dan komunikasi yang tinggi. Seseorang Crown Manager MLM perlu mempunyai seni kepimpinan yang boleh memotivasikan ahli pasukannya.  Seseorang pelajar yang hendak mendapat Straight A perlu mempunyai kemahiran peperiksaan dan teknik ulangkaji.

 

Yang kedua: Ilmu kejayaan yang berteraskan sikap dan mentaliti. Seseorang jaguh sukan hendaklah mempunyai wawasan untuk berjaya di platform antara bangsa. Seseorang peniaga perlu mempunyai sikap positif terhadap kekayaan sebelum dirinya layak menjadi seorang jutawan. Seseorang pelajar perlu mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran dan bukan dipaksa untuk membaca sebelum dirinya layak menjadi seorang top students.

 

Ketiga : Ilmu kejayaan yang berteraskan keagaamaan. Kejayaan duniawi tidak akan lengkap tanpa disertakan dengan kejayaan akhirat. Seseorang yang ingin mencari kejayaan akhirat hendaklah mempunyai komitmen yang tinggi terhadap agamanya. Beliau juga pastikan didikan agama dijadikan amalan dalam kejayaan duniawi.

 

Untuk menguasai ilmu kejayaan dengan menyeluruh, seseorang hendaklah meruangkan masa setiap hari untuk membaca buku-buku yang berkaitan dengan kejayaan. Seseorang yang mempunyai sikap kejayaan yang tinggi akan mencari masa untuk membaca buku-buku kejayaan biarpun betapa sibuk hidupnya.

 

Sayangnya, ramai orang melabur wang untuk buku komik , majalah hiburan lebih dari buku kejayaan. Ada juga orang yang sanggup melabur ribuan ringgit untuk tujuan hiburan dan perlancongan, tetapi tidak membeli satu pun buku motivasi.  Jika kita boleh mencuci kereta sekali seminggu, mengapa tidak kita melakukan sesuatu untuk minda dan jiwa kita untuk menerima kejayaan yang lebih besar dalam hidup.

Ilmu kejayaan

Jadikanlah diri anda seorang penuntut ilmu kejayaan. Korbankan masa, wang dan tenaga anda untuk melengkapkan diri dengan ilmu kejayaan setiap hari. Selagi agenda kejayaan masih belum menjadi suatu rancangan harian, anda tetap mempunyai hak untuk menolak komitmen mempelajari ilmu kejayaan.