Category Archives: Formula Kejayaan

Prinsip Kejayaan : Membina kuasa fikiran anda

Setiap anak adalah seorang genius waktu dilahirkan. Mereka mempunyai kuasa kreativiti dan kepintaran yang amat tinggi.  Sepanjang proses perkembangan hidupnya, mereka dapati selagi apa yang mereka lakukan menimbulkan rasa marah pada ibu bapa atau guru. Pasti mereka akan ditegur dan dikecam.  Maka , mereka mula takut untuk berhadapan hidup dengan kepintaran dan kreativiti yang mereka miliki.   Mereka tidak lagi hidupkan jiwa keinginan untuk meneroka hidup yang luhur sebagaimana yang ada sejak mereka kecil.  Sebenarnya, kuasa kreativiti mereka masih terpendam dalam jiwa-raga bagaikan air sungai yang disalur ke dalam takungan air bawah tanah.  Ahli Sains mendapati, bila seseorang  menggunakan daya rangsangan untuk mencetuskan dirinya, semua kuasa kreativiti dan kepintaran akan menjelma semula.

Terlebih dahulu, marilah kita fahami rukun amalan.  Rukun ini menjelaskan bahagian otot badan yang anda tidak gunakan akan lama kelamaan menyusut dan menjadi lemah.  Begitu juga dengan daya kreativiti, jika tidak digunakan untuk suatu tempoh masa yang lama, ia juga akan mengecut seperti otot yang kehilangan kuasanya.  Sebaliknya,  bila anda mula gunakannya dengan aktif, daya kreativiti anda akan mula menyumbangkan berbagai idea dan pendapat.

Selain daripada itu, kuasa komunikasi dan seni bercakap juga amat penting kepada kejayaan anda. Kuasa kreativiti dan kepintaran anda adalaj sejajar dengan kuasa perbendaharaan yang dapat anda gunakan dalam perbualan seharian.  Semakin banyak perkataan yang anda belajar, semakin tinggi kuasa kreativiti anda.

Rukun kreativiti menyatakan setiap perkara yang berlaku dalam hidup anda adalah bermula dari pemikiran.  Kejayaan anda adalah sejajar dengan kualiti dan kuantiti pemikiran anda.  Semakin anda aktifkan daya pemikiran anda , semakin banyak idea yang kreatif dan menarik akan dihasilkan.  Pemikrian juga akan mengeluarkan idea untuk menjadikan hidup anda lebih baik.  Jadi, apa dia daya kreativiti ?  Terdapat tiga faktor yang menyumbang pada daya kreativiti seseorang  .

Pertama, pengalaman yang lalu.  Jika ibu bapa sentiasa menggalakkan anda untuk memikir sesuatu perkara, maka anda akan menjadi seorang yang penuh kreatif dan suka meneroka bidang baru.  Kedua, konsep diri . Tidak kira apa yang dimaklumkan oleh konsep diri, anda pasti akan percaya.

Ketiga, Persekitaran dan suasana hidup . Jika suasana hidup anda memberi ruang untuk anda meneroka dan sedia menerima idea yang baru, maka anda akan dapat terus mengeluarkan idea yang baru.

Terdapat dua bentuk sikap yang menjajah minda seseorang . Yang pertama dikenali sebagai mentaliti mekanikal dan jenis yang kedua dikenali sebagai mentaliti penyesuaian.  Sikap mekanikal selalunya bersidat kurang fleksibiliti, lebih kaku dan sentiasa berasaskan fakta dan kenyataan.  Sebaliknya,  mentaliti penyesuaian pula lebih bersifat fleksibel, sedia menggunakan cara yang berbeza, suka menanya dan mengeluarkan pendapat yang beranika rupa.  Bentuk sikap yang kedua ini seringnya membawa kejayaan dan kegembiraan pada seseorang individu.

Jadi, bagaimana anda tahu samada diri anda seorang yang bersifat mekanikal atau bersikap penyesuaian.  Empat soalan berikut akan menolong anda menganalisi kualiti sikap diri.

Yang pertama , adakah anda dapat mengaku salah dengan mudah.  “Saya telah melakukan suatu kesilapan”. Sikap mentaliti penyesuaian sedia mengaku bersalah dan terus bertindak untuk mengubah pendekatan bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Sebaliknya,  sikap mekanikel merasa amat berat untuk mengaku salah.

Kedua , Adakah anda boleh katakan, saya telah mengubah pendirian saya? “Sebelum ini, saya fikir itu adalah suatu idea yang baik, tetapi kini saya telah mengubah pendirian saya.”

Ketiga , adalah anda boleh meminta bantuan orang lain dengan mudah kerana anda gagal melakukannya sendiri. Ini kerana anda tidak mempunyai kemampuan melaksanakannya seorang diri.  Anda hendakkan pertolongan orang lain.

Akhirnya, untuk mencetuskan kreativiti, anda hendaklah banyak menanya.  Selagi anda banyak mengeluarkan pertanyaan , anda akan memberi ruang minda mencari pendekatan baru.  “mungkin cara lain akan lebih berkesan”. “Bolehkah kita menukar cara lain?” “kalau kita gunakan cara baru, apakah akibat yang bakal kita perolehi.”  “Jika kita lakukan lebih” “Jika kita kurangkan aktiviti kita””Jika kita terus batalkan kegiatan ini, apa pula jadinya”.  Ini semua merupakan persoalan yang sering ditanya oleh individu yang mempunyai kreativiti tinggi.

Anda juga boleh meningkatkan kuasa kreativiti dengan menyebut berulangkali “Saya seorang genius” “Saya mempunyai kuasa kreativiti dan kepintaran yang amat tinggi, saya seorang yang pintar.” Terus ulangi ayat ini.  Bila anda ulangi sebegitu kerap sehingga Minda Separa Sedar akan berkata, “baiklah, kalau inilah arahan anda , kalau inilah pendirian yang anda hendak perjuangkan , ambillah… inilah suatu idea baru untuk anda,”

Idea baru akan mula tercetus secara automatik dari percakapan anda .  Anda akan terkejut dengan jumlah kreativiti yang terlantas dalam Minda Separa Sedar, semakin anda meneroka ke dalam, semakin banyak keistimewaan dan keunikan akan muncul dari telaga minda anda.

Anda hendaklah fahami, selagi anda boleh memanfaatkan sepenuhnya bakat minda anda , tidak anda suatu yang akan menggagalkan anda.  Dengan erti kata lain, , anda bleh lakukan apa sahaja yang anda hajatkan.  Potensi anda tidak terhad.  Selagi anda dapat memancarkan daya kreativiti anda , selagi anda terus beritahu diri anda  – saya adalah seorang yang pintar, saya seorang yang pintar, saya seorang yang pintar dan anda hanya perlu menunggu saat jawapan yang bakal menjelma secara sendiri di depan anda .

Prinsip Kejayaan : Pengurusan Masa

Setiap individu yang berjaya mempunyai strategi pengurusan masa yang berkesan. Setiap individu yang gagal tidak mempunyai kualiti ini. Bab ini akan membincangkan tujuh kunci kejayaan dalam pengurusan masa.  Jika anda boleh terus menyemai kesedaran ini dalam hidup anda , anda akan meningkatkan produktiviti dan tidak lagi risau tentang masa yang terhad.

 

Kunci pertama ialah mempunyai matlamat yang jelas dan nyata. Jika matlamat tidak nyata, seseorang  tidak akan sedar bahawa dirinya sedang membazir masa.  Setiap matlamat hendaklah digambarkan dengan menggunakan struktur yang praktikal.

 

Kunci kedua ialah strategi kertas dan pen.  Setiap apa yang anda hendak lakukan perlulah ditulis pada sekeping kertas.  Setiap minit yang anda gunakan akan mengurangkan lima ke lima belas minit perjuangan anda. Seseorang  yang tidak merancang terlebih dahulu akan mendekatkan dirinya dengan kegagalan.

 

Kunci ketiga ialah mendirikan senarai rujukan (checklist). Setiap individu yang berjaya adalah bisa menggunakan senarai rujukan.  Setiap aktiviti wajib mingguan dan bulanan telah disenaraikan dalam senarai rujukan mengikut keutamaan masing-masing.  Pada masa yang sama, anda menggunakan kertas putih untuk merenung dan menguatkan pemikiran anda.

 

Kunci keempat ialah menyusun semua perkara dalam jadual tindakan mengikut keutamaan. Sebenarnya, anda tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk membuat semua perkara dengan baik.  Selagi anda telah menentukan mana aspek yang penting , anda pasti akan dapat menyelesaikannya dengan berkesan.

Kunci kelima ialah kuasa mengfokus. Lakukan perkara pertama dan tidak kisah dengan perkara lain. Terus lakukan perkara yang paling penting sehingga ia tercapai.  Terus menumpukan pada perkara yang induk dan berikan fokus seratus peratus.  Cekal menyusuli perkara tersebut sehingga berjaya. Ini merupakan daya kejayaan yang paling penting.

 

Kunci keenam ialah mengatasi sikap menangguh.  Sikap menangguh iaalh pencuri hidup. Anda boleh gunakan pengesahan diri untuk mengatasi sikap menangguh.  Ayat yang paling berkesan ialah , “Lakukan sekarang” “Buat sekarang”.  Seseorang  perlu mempunyai rasa cemas dan irama tindakan yang pantas.   Rasa sedemikian amat penting untuk kejayaan seseorang.

 

Kunci ketujuh ialah kekalkan keseimbangan dalam hidup. Pastikan anda memperuntukkan masa yang mencukupi untuk bergauldg orang yang anda kasihi. Pastikan anda memperuntukkan masa untuk memikirkan makna dan harga hidup. Anda perlu tahu mengapa anda terus buat apa yang anda lakukan sekarang? Untuk mengekalkan keseimbangan hidup, anda perlu mempunyai kawalan masa yang baik dan turutan keutamaan yang kemas. Dengan ini, apa yang anda hajatkan dan hendak lakukan pasti akan tercapai.

Prinsip kejayaan : Hidup Bermatlamat

Corak pemikiran yang bersifat penerokaan ialah dengan mengamalkan cara yang praktikal dan terbukti berkesan oleh orang lain.  Terus amalkan cara-cara tersebut sehingga anda memahami sepenuhnya.  Lepas itu, anda boleh mengubahsuai pendekatan-pendekatan ini berasaskan keperluan anda.  Bab ini memperkenalkan dua belas langkah penetapan matlamat hidup yang terbukti berkesan.

Langkah pertama dalam penetapan matlamat ialah memupuk kemahuan yang berkobar-kobar.  Semakin besar kemahuan anda , semakin anda hendak mencapai sesuatu perkara, semakin tinggi kebrangkalian anda mencapai matlamat tersebut. Kemahuan yang berkobar-kobar menyemarakkan kekuatan untuk anda terus mara ke depan, mengatasi sebarang bentuk masalah, resahan , kegagalan dan penghalang. Kemahuan ini hendaklah berbentuk peribadi.  Setiap kali kita terfikir tentang menetap matlamat hidup , tidak kira apa matlamat sekalipun; ia perlulah milik anda. Ia boleh memotivasikan diri anda dan bukan menjadi ikutan hajat orang lain. Anda perlulah jujur dengan diri sendiri. Tanya diri anda , apakah yang anda hajatkan. Tetapkan matlamat hidup diri anda sendiri.

 

Kedua , membina keyakinan diri.  Setiap kejadian dunia uar adalah suatu bayangan dunia dalaman anda, dan dunia dalaman anda adalah terbina oleh hal-hal yang anda yakin.  Satu lagi ialah kepercayaan, ini bermaksud hal yang paling anda yakin dalam jiwa raga anda. Ia juga disebut cekal, anda perlu memastikan diri anda boleh mencapai matlamat hidup anda. Anda perlu percaya secara menyeluruh tentang keupayaan anda untuk memerolehinya.  Adalah baik jika anda boleh menetapkan satu matlamat hidup yang kecil , capainya dan terus mengejar matlamat hidup ke tahap yang lebih besar.  Dengan ini , anda akan percaya untuk mencapai matlamat hidup yang telah anda tetapkan.  Langkah ketiga, tuliskan matlamat hidup anda.  Gunkan pen dan kertas kosong.  Hanya jika anda tuliskan matlamat hidup anda , anda dapat corakkan rancangan secara teliti dan terperinci.  Bila matlamat hidup ini menjadi jelas, ia akan menjadi suatu gambaran yang menyeluruh di depan anda. Minda Separa Sedar anda akan mula terjaga dan berkata, “wow, nampaknya ini suatu yang benar.” Anda tidak akan lari dari janji untuk mengejar matlamat hidup tersebut.  Kerana anda hendak mengejar kejayaan, maka tiada ruang untuk pilihan anda.  Anda hendaklah menuliskan matlamat hidup anda dan gambarkan secara menyeluruh di depan anda  Janji seratus peratus untuk dapat mencapai matlamat tersebut.

Langkah keempat, tanya diri anda satu soalan, “Mengapa anda hendak melakukannya?” Soalan ini membawa dua tujuan, yang pertama , “ia memastikan matlamat hidup ini sebagai matlamat hidup anda.  kedua , soalan ini akan menguatkan azam anda untuk mengecapi matlamat hidup anda. Semakin banyak sebab di sebalik tindakan anda , azam untuk mencapai matlamat hidup menjadi semakin kuat, keupayaan anda juga akan meningkat.  Langkah ke lima, fahami dan analisis kedudukan anda sekarang. Bila anda tahu cara memulakan tindakan anda, maka langkah seterusnya menjadi lebih mudah. Untuk mengetahui kedudukan anda sekarang, kaji kekuatan dan kelemahan diri dan seterusnya senaraikan bidang yang perlu anda pelajari. Satu dari kelemahan orang dalam membina matlamat hidup ialah terlalu gopoh mengatur strategi tindakan tanpa menilai terlebih dahulu landasan yang mereka miliki.

Langkah keenam ialah mendirikan tarikh pencapaian yang dihasratkan. Matlamat hidup yang tidak mempunyai tarikh akhir tidak dikenali sebagai suatu matlamat.  Selain itu, anda perlu mendirikan tarikh pencapaian mini.  Ini bermaksud jika anda membentuk matlamat tahunan, anda juga perlu mendirikan dua belas matlamat bulanan, dua matlamat setengah tahun dan empat matlamat suku tahun. Anda juga perlu mendirikan sistem penghargaan diri untuk menguatkan kemahuan dan mencetuskan kesungguhan yang berkobar-kobar.

Langkah ketujuh ialah mengenalpasti semua penghalang yang membantutkan perkembangan anda. Makna kejayaan juga berlandaskan penghalang.  Tidak ada kejayaan yang tidak terbina oleh penghalang. Dalam masa anda berjuang menuju matlamat anda, setiap penghalang yang anda temui adalah untuk membantu diri anda mencapai matlamat anda.  Maka, amatlah penting untuk mengenal dan menyenaraikan semua penghalang dan kemudian aturkannya mengikut keutamaan. Penghalang yang terpenting hendaklah diselesaikan dahulu dengan bersungguh-sungguh.  Ini kerana penghalang yang terbesar merupakan batu besar yang bakal menghalang perjalanan anda.

Langkah kelapan ialah mengenalpasti ilmu dan kepakaran yang perlu anda miliki.  Kita hidup dalam dunia yang berlandaskan ilmu pengetahuna.  Tidak kita apa matlamat hidup yang anda hajatkan, anda pasti memerlukan banyak ilmu pengetahuan  untuk mendokong perlaksanaannya. Anda perlu terus memajukan diri dengan membaca buku, mengikut seminar dan menerap lebih ilmu pengetahun untuk mencapai matlamat anda.  Terlebih dahulu, anda perlu tahu bidang ilmu yang anda hendakkan.  Seterusnya, aturkan bidang ilmu yang perlu dicari mengikut keutamaan.  Tambahan lagi, anda perlu mengunakan teknik bertanya untuk mencapai kejayaan anda. Sentiasa bertanya pada orang lain merupakan pendekatan penting dalam kejayaan anda.

Langkah kesembilan , tanya diri anda siapakah pelanggan anda.  Anda dan saya mempunyai pelanggan yang tersendiri.  Kita semua hidup dalam dunia mengejar kepuasan pelanggan. Setiap orang yang boleh membantu anda mencapai matlamat hidup anda adalah pelanggan anda.  Rukun balasan dan Rukun Menyemai menyatakan hasil menuai sentiasa lebih  tinggi dari apa yang anda semaikan.  Jika anda berusaha dengan gigih untuk menyemai, hasil anda pasti akan lebih lumayan dari apa yang anda semai. Selain itu, Rukun balasan juga menyatakan , tidak kira siapa pelanggan anda , hasil yang anda kecapi adalah sejajar dengan tahap perkhidmatan yang anda berikan.  Jika anda hendak meningkatkan pulangan , anda juga perlu meningkatkan    nilai perkhidmatan anda. Rukun balasan juga menjelaskan , selagi anda berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan anda, ganjaran anda tetap meningkat.  Seterusnya, rukun gandaan meminta anda sentiasa melakukan lebih dari apa yang diperlukan, sentiasa berjalan lebih dari yang diminta.

Langkah ke sepuluh , tetapkan satu rancangan susulan dan sentiasa memperbaharui rancangan ini. Setiap individu yang berjaya adalah individu yang merancang.  Merancang adalah bermaksud anda mendirikan jadual tindakan yang meliputi semua aspek matlamat hidup anda. Kemudian , susunkan setiap tindakan yang dirancang mengikut keutamaan.  Manakah yang perlu anda lakukan dahulu, manakah yang terpenting dan manakah yang kedua penting.  Masa anda melaksanakan rancangan anda, anda juga perlu memperbaharui rancangan tersebut mengikut keperluan semasa.

Langkah ke sebelas ialah menjadikan matlamat hidup sebagai suatu gambaran minda.  Teknik gambaran ini jauh lebih penting dari semua langkah sebelum ini. Teknik ini meminta anda menjadikan matlamat hidup sebagai suatu turutan bersiri dalam minda dan bayangkan akibat yang bakal dikecapi. Lihat diri anda pada tahap anda telah berjaya. Terus bayangkan siri gambaran ini dalam layar minda anda. Terus lakukan bayangan ini sehingga minda anda menerima kenyataan tersebut.  Terus lakukan dengan bersungguh-sungguh bagi mendirikan imej minda yang nyata. Anda juga perlu ulangi proses yang sama pada setiap ketika untuk mengingatkan anda telah mencapai matlamat tersebut. Imej ini pasti akan melekat dengan kuat dalam Minda Separa Sedar.

Langkah ke dua belas, gunakan kecekalan yang kukuh menyusuri matlamat anda sehingga berjaya. Kejayaan anda berlandaskan keupayaan anda meneruskan perjuangan anda lebih lama dari orang lain.  Bila setiap perkara di sekitar anda telah kecundang, satu pilihan yang perlu anda tegakkan ialah meneruskan usaha dan tidak mengalah, ini bermaksud  kecekalan membuahkan hasil yang dihasrtkan.  President Britain, Winston Churchil diminta menyampaikan suatu ceramah yang pendek dalam suatu persidangan universti. Beliau diminta menjelaskan sebab dan cara beliau berjaya.  Dalam ucapannya, beliau hanya menggunakan enam perkataan untuk menggambarkan sebab kejayaan dirinya, iaitu, “jangan, jangan sekali anda melepaskan tangan”

Akhirnya, sikap kecekalan merupakan syarat yang patut dimiliki oleh sesiapa yang mahu berjaya. Ini kerana kecekalan merupakan garis pengukur keyakinan diri sendiri.  Setiap kali anda meneruskan perjuangan dalam masa berhadapan dengan cabaran dan masalah, keyakinan untuk berjaya akan meningkat.  Ini perlu diteruskan sehingga anda tidak lagi mempunyai sebanrang penghalang dan mencapai matlamat yang anda hajatkan.