Bila anda boleh berjaya?

Matlamat kejayaan yang jelas

Bila kita tanya pada seseorang, bila anda boleh menjadi seorang jutawan.Adaorang menyatakan, tengoklah, kalau ada rezeki apa sahaja yang datang, pasti saya menyambar dan memperjuangkannya.”  Insan seperti ini masih dalam tahap mencari-cari dan dirinya masih tdak pasti dengan matlamat dirinya. Akibatnya, apa sahaja yang datang dari luar akan disambar dan diusahakan tanpa mengetahui sejauhmanakah ia sesuai dengan diri sendiri. Ini ibarat kita mencari jodoh hidup. Jika anda tidak mempunyai matlamat sendiri, kebrangkalain untuk bercerai dan putus cinta adalah lebih tinggi.

 

Dalam usaha untuk mengurangkan “kegagalan” hidup, kita hendaklah memberi masa kepada diri sendiri mencari dan mengenal  – kualiti kejayaan dan sifat kejayaan yang kita hendakkan. Bila ada sesuatu yang tidak selasi dengan matlamat anda , dengan segera anda perlu lepaskannya biarpun dia kawan baik anda. Usaha ini mengelakkan diri anda terpedaya oleh sesuatu yang “lumayan” dan boleh mengkaburkan mata anda terhadap matlamat sebenar hidup anda.

 

Falsafah ini ibarat anda hendak menjadi jutawan dengan memanjat pokok kekayaan. Sambil anda memanjat , anda ternampak sebuah pokok lain mempunyai buah yang lebih manis. Anda turun kembali dan memanjat pokok tersebut. Sampai di tengah pokok, anda ternampak satu lagi pokok mempunyai buah yang lebih lebat, Anda turun lagi dan hendak mendaki pokok lain. Usaha seperti ini akan berterusan dan anda tidak akan dapat memetiuk buah kekayaan biarpun betapa rajin anda memanjat pokok.

 

Tanpa jiwa yang berfokus dengan apa yang anda hendaki, pokok kekayaan yang paling lebat tidak akan memberi sebarang hasil untuk anda. Sebaliknya, jika anda dapat cekal dan fokus memanjat pokok kekayaan tanpa turun kembali, anda pasti akan berjaya memetik buah kejayaan juga. Jika pokok kekayaan anda tidak sesubur pokok lain, anda boleh menaruh baja dan jagaan rapi untuk menyuburkannya.

 

Mengikut prinsip kejayaan, semua kerjaya adalah sumber jutawan. Seorang pemandu lori juga boleh menjadi jutawan jika dirinya tahu mengolahnya menjadi suatu consortium pengangkutan. Seorang pelukis kartun akan menjadi seorang jutawan jika dirinya tahu mengolah tema buku yang sesuai dengan kehendak pasaran. Seorang penjual nasi lemah juga boleh menjadi jutawan jika dirinya dapat membekal nasi lemak kepada ratusan warung setiap hari.

 

Jangan sekali-kali memandang rendah pada potensi diri sendiri. Terus panjat pokok kejayaan anda dan olahkan perancangan kerjaya ke tahap yang lebih baik. Percayalah, semua kerjaya boleh melahirkan jutawan. Pepatah Cina menyatakan “Semua bidang kerjaya boleh mencatat kegemilangan.”

 

Ilmu kejayaan

Orang yang dapat fokuskan perhatian pada setiap aspek kejayaan dengan cekal dan memegang pada matlamat yang jelas akan akhirnya “menikmati buah kejayaan”nya dalam masa yang tidak dijangka.

 

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive