Bagaimana membantu anak anda berjaya

Bila saya bertanya pada ibu bapa , “Bagaimana anda dapat membantu anak berjaya dalam hidup?” Jawapan yang saya dapati berbeza-beza mengikut tahap mentaliti ibu bapa sendiri. Ibu bapa yang terlatih dalam pasukan bersenjata akan tekankan asuhan disiplin. Ibu bapa yang pernah terkandas dalam sesuatu perniagaan akan cuba menghalang anaknya dari mencebur diri dalam perniagaan tersebut. Ibu bapa yang mempunyai rakan jutawan akan meminta anak mencontohi kejayaan kawannya. Ibu bapa yang pentingkan agama akan berkata “Anak saya perlu meguasai kitab agama dan menjadi seorang yang alim”

Apa sahaja pendekatan anda untuk mengasuh kejayaan anak anda, ia adalah berdasarkan pada tahap keupayaan dan kefahaman anda. Sayangnya, tidak ramai ibu bapa yang boleh memberi didikan kejayaan berdasarkan rekod kejayaan diri sendiri. Ini kerama tidak ramai ibu bapa yang digelar jutawan, Tan Sri mahupun mencatat rekod sebagai wira kebangsaan. Jika kita hendakkan anak kita mempelajari ilmu kejayaan, kita hendaklah daptkan sumber yang sahih dan terbukti berkesan dari orang-orang yang telah berjaya mencatat kejayaan dalam hidup mereka.

Untuk tujuan ini, adalah baik jika setiap ibu bapa memberi peluang kepada anak untuk mendekati idola kejayaan baik dalam bidang kerjaya, sukan, sosial, keluarga, agama dan pendidikan.  Sememangnya, insan yang berjaya mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang adalah lebih layak dan mampu memberi petunjuk yang praktikal kepada anak anda. Anda akan dapat, semua insan yang berjaya mencapai matlamat hidup mereka mempunyai keunikan yang sama. Mereka sudi melakukan sesuatu tindakan yang sejajar dengan prinsip-prinsip kejayaan dan enggan dilakukan oleh orang-orang yang gagal.

Saya sungguh bersyukur dapat berkenalan dengan Dr. Sham yang menjadi idola kejayaan yang saya segani. Setiap penemuan dengan Dr. Sham memberi saya suntikan inspirasi dan pedoman kejayaan dalam hidup.

Saya ingin mengundang anak anda bersua dan berkenalan dengan Dr. Sham dan rasakan sendiri aura kejayaan seorang jutawan. Sudah pasti, anak anda akan dapat membina seni kejayaan yang membangunkan masa depannya.

 

Kesimpulan

Bimbingan kejayaan anak tidak hanya terhad pada kemampuan dan kepercayaan seseorang ibu bapa. Sebaliknya, ia hendaklah berdasarkan ilmu yang holistik.

Persoalannya, mengapa adanya anak jutawan yang kecundang dalam hidup? Ini mungkin di sebabkan bapanya gagal menurunkan ilmu kekayaan dan kejayaan yang telah diterajui dalam hidupnya.

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive