Apakah tajuk kejayaan yang panas di pasaran?

Setiap ketika, ada tajuk baru yang muncul di pasaran dan mendapat kepercayaan ramai bahawa mereka boleh mengecapi kemewahan dan kekayaan. Baru-baru ini saya terdengar kehangatan orang bermain FOREX. Sebelum ini ada SwissCash dan macam-macam Money Game. Saya sendiri telah menjumpai ramai dari insan yang berjaya dalam pilihan mereka dan saya teruja dengan semangat mereka. Saya juga terjumpa lebih ramai insan yang tertipu, terperangkap dan gagal dalam perjuangan tersebut.

Dalam ruangan ini, saya ingin mengulas tajuk kejayaan panas (hot success topic) yang ada di pasaran berpandukan prinsip-prinsip kejayaan. Jika anda perhatikan, rata-rata orang yang memasuki perniagaan panas ini adalah atas dorongan upline. Mereka bermotivasi setelah mendengar kisah kejayaan orang lain TETAPI mereka belum mengkaji keupayaan dan keadaaan diri sendiri. Mengikut prinsip kejayaan, memahami diri adalah syarat pertama dalam kejayaan. Sekadar mengikut dengan membuta tuli akan mengundang padah pada diri sendiri.

Secara amnya, peluang panas yang dibincang ramai mengguna berbagai teknik pemasaran yang cukup menyakinkan. Peluang ini sering mengaitkan kewangan sebagai misi utama sehingga ramai orang hilang kefahaman tentang nilai yang dimaksudkan. Hanya sebilangan kecil peluang yang berorientasikan nilai kepada masyarakat dan keluarga masih bertahan dan diterima sehingga hari ini. Rata-rata konsep perniagaan yang berfokus pada kewangan telah hilang sekelip mata. Mengikut prinsip kejayaan , anda hendaklah menyelarskan nilai kejayaan anda dengan perniagaan yang bakal anda terima. Jika keirasan berlaku, maka hajat asassi (Core desire) anda akan mempunyai ruang untuk diaktualisasikan.

Peluang pans sedap didengar tetapi bukanlah sedap disambar. Ia adalah hak idea orang lain dan anda hanyalah pengikut. Jika anda mahu peluang yang sedap, cipta sesuatu sendiri berasaskan citarasa, misi dan nilai diri sendiri. Saya bukan menentang sesiapa menerima peluang panas, tetapi fahamilah kedudukan anda sekarang dulu. Jika benarnya anda berdepan dengan masalah kewangan yang kritikal dan belum menjumpai misi hidup sendiri, maka peluang dari luar bolehlah menjadi suatu pilihan sementara menunggu masa mencari yang “peluang sendiri”. Sebaliknya, jika anda yakin peluang dari luar adalah suatu yang boleh dijadikan nilai dan perniagaan sendiri, maka anda bolehlah teruskan usaha tersebut. Contoh yang terbaik ialah peluang franchais dan lesensi yang terbukti berjaya.

Setiap kali anda mendengar berita tentang sesuatu peluang. Gunakan teknik : berhenti – dengar – analisis – selaras – pilihan. Jangan terus memilih , kerana anda mungkin tersalah pilih dan menyesar kemudian. Begitu juga dengan pemilihan jodoh hidup, pekerjaan dan sebagainya.

 

Prinsip kejayaan

Usaha untuk membina kejayaan diri perlulah bermula dari diri sendiri. Peluang panas dari luar hanya suatu sokongan yang membolehkan sambil anda mencari misi sendiri. Walau bagaimana pun, jika peluang luar memenuhi citarasa misi dan nilai anda, bolehlah anda menjadikannya sebagai misi anda sebenar.

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive

Author: Dr.Yew

Dr.Yew is a professional speaker.