Adakah anda berjaya?

Seringkali, ada orang bertanya pada saya “Apakah  definasi kejayaan”. Saya bertanya balik padanya, adakah anda mempunyai impian yang disusuli dengan rancangan berperingkat? Ramai yang berkata “Ya” . Tetapi sayangnya, ramai yang tidak menyusuli dengan tindakan yang berperingkat. Akhirnya, usia dah lanjut tetapi semua impian hanya tinggal dalam fikiran sahaja.  Bagi saya, mereka belum mengecapi erti kejayaan yang sebenarnya.

Setiap proses kejayaan bermula dengan idea dan berakhir dengan “keputusan”. Proses tersebut meliputi tiga fasa impian iaitu “Kemahuan” yang tinggi, perancangan yang teliti dan Tindakan yang konsisten.  Bila seseorang mempunyai idea  yang bernilai untuk disempurnakan( Saya namakannya MISI HIDUP), maka beliau telah memulakan proses kejayaan, tetapi jika dirinya belum menukar idea menjadi suatu kenyataan, kejayaan tersebut tidaklah lengkap.

Ramai orang mempunyai keinginan untuk menjadi kaya, dan mereka menjadikan kekayaan sebagai suatu misi hidup.  Sayangnya, insan seperti ini  gagal membentuk nilai di sebalikerti kekayaan .  Bila ini berlaku, mereka akan menjadi seorang yansg buta kejayaan. Mereka tidak nampak apa yang perlu mereka curahkan (nilai kepada orang lain, Negara, agama) untuk membolehkan mereka mendapat kekayaan. Mereka terus mencuba semua perkara yang membawa kekayaan, baik dari segi jualan insurans, MLM, unit trust dan sebagainya. Insan seperti  ini belum mengenal diri sendiri dan gagal mencari makna di sebalik perjuangan mereka.  Biarpun dirinya mencapai kekayaan, tetapi kejayaannya tidak memberi kepuasan sebenar kepada dirinya.

Untuk membolehkan anda mengecapi erti kejayaan, anda hendaklah mula mengenal erti perjuangan anda. Proses ini memerlukan anda mengenal minat diri, kekuatan dan kelemahan diri, serta  corak keperibadian diri sendiri. Hanya bila anda telah menjumpai suatu MISI yang bernilai berteraskan kehendak diri sebenar, maka proses pencarian kejayaan menjadi suatu yang nyata. Anda tidak lagi akan menukar haluan hidup dan anda perjuangankan kejayaan anda dengan sehati-sejiwa. Biarpun ada masanya anda kecundang dalam hidup, tetapi ia tidak memadamkan hajat anda untuk mengejar misi hidup tersebut.

Dalam konteks kejayaan , seseorang yang tidak mempunyai misi bernilai tidaklah dikenali Berjaya. Contohnya, insan yang harapkan kekayaan tetapi mencari jalan pintas dengan berjudi atau membeli empat ekor. Biarpun mereka dapat kekayaan dari proses tersebut, proses mencari kekayaan hanyalah suatu yang “mencuba nasib” dan tidak mempunyai perancangan konkrit untuk mencapainya.

Kejayaan sering dikaitkan dengan misi bernlai dan bukan hanya mengejar kewangan semata-mata. Seseorang yang membawa misi untuk berbakti pada agama, tetapi tidak menikmati kemewahan adalah lebih berjaya berbanding dengan  insan yang digelar jutawan  tetapi mengerjakan sesuatu yang haram dan merosakkan masyarakat. Untuk anda mengelarkan diri sebagai orang berjaya, anda perlu mula membina misi hidup yang dapat memberi kebaikan kepada orang lain, Negara atau agama sebelum mereka sudi membayar anda dengan ganjaran yang bakal membawa kekayaan dalam hidup anda.

Foo Chang  (Abang Yew)

 

 

Website Pin Facebook Twitter Myspace Friendfeed Technorati del.icio.us Digg Google StumbleUpon Premium Responsive

Author: Dr.Yew

Dr.Yew is a professional speaker.